Saturday, December 26, 2009

JIRAN PUAKA JIRAN CELAKA


selamat hari natal ducapkan kepada yg menyambutnya.agak lama juga en sesengat x menulis disebbkan kesibukan en  sesengat. dsebbkan tidak mahu trlalu klangkabut en sesengat mngmbil kputusan pulang awal ke limbang. dsebabkan dah hampir dgn krismas maka harga tiket flight pun mencanak naik.smbutn krismas di limbang agak meriah siap dgn perarakannya lagi. memang 1 malaysia.

krismas juga di smbut oleh jiran en sesengat yg baik hati nih. mengapa en sesengat kata baik hati sebb en sesengat tgok dr segi muka mcm "nerd" jer menyebbkan en sesengat rasa baik hati kot org nih. yerla dekat setahun hidup berjiran dgn dia mmg cool la brother nih dgn family. dgn cat umahnya warna oren rasanya dpt sponser dr tm kot.

tgok persiapan brother nih mmg meriah.sedara mara datang penuh satu umah.kete berderet parking dpn umah en sesengat. x kisah asal jgn kaco hidup en sesengat sudahla. perasan juga en sesengat set karaoke yg dsediakan oleg brother nih.hhm......mgkin ada acara nyanyi2  kot.

rupa2nya acara nyanyi2 tu bermula pukul 11.30 malam. F*** it. sudahla suara x sedap mana.pastu asyik ulang lagu yg sama 5 6 kali. apabila hampir pukul 2 pagi artis2 ni mulai mabuk. apalagi mula la sesi pekik memekik dan sesi goncang pagar. tidak lupa juga acara muntah beramai2. laki pmpuan sama ja.klw bebudak muda en sesengat x kisah sebb mngkin mereka blum matang. tp ni org tua.ada yg dah beruban pun. aduii laaa......mungkin mcmni la cara mereka smbut krismas.

en sesengat ada juga menunggu dgn parang kot2 artis2 nih nak mengoncang pagar umah en sesengat. sib bek x da.klw ada sure masuk borneo post ada org kena tebas dgn parang.

Friday, December 25, 2009

SESENGAT KEMBALI

fuhhhh.....lama sudah en sesengat x menghupdape blog nih.sejak dr cuti sekulah sampai la hampir2 buka sekulah nih....entah kenapa cuti nih begitu busy sekali en sesengat.bnyak benda yg dibuat pada waktu cuti nih.pejam celik dah hampir habis cuti sekolah nih.antara benda yg membuzy kan en sesengat ialah:

  • bawak mrs sesengat n family g jejalan kt langkawi
  • upgrade pickup fender telecaster en sesengat
  • balik kg mrs sesengat kt perak
  • hantar mrs sesengat g klinik
  • mandikan kucing
  • sibuk menjadi full time trader.....hehehehhe

Thursday, November 19, 2009

SEKOLAH PUNYA CERITA

hmmmm harinih keputusan UPSR diumumkan...pelbagai reaksi dapat dilihat...ada yg menangis kegembiraan....ada yg menangis kekecewaan. sebagai seorang guru yg mngajar kelas terakhir x begitu tinggi yg en sesengat letakan pada bebudak nih.asalkan lulus sudah kerana kebanyakan mereka nih agak lemah......buat karangan pun menggunakan bahasa limbang.....adehh laa.tp perasaan agak gembira bila ada murid yg berjaya.mgkin ini yg menyebabkan seorang guru bersemangat menjdi seorang guru sampai mati.

anak murid : jegokkkk!!!! aku dapat dua A
en sesengat : hmmm bagus la.apa yg A nya

anak murid : BM la jegokk apa lagi pemahaman n penulisan.
en sesengat : yer ke habis tu napa dok tersengih2 lagi nih

anak murid : bukan cikgu ada janji ka klw dapat 1A nak bagi 50 ringgit
en sesengat : yer ker cikgu ada janji (lalalalala buat2 lupa ingatan)

Wednesday, November 18, 2009

SESENGAT N SEHATI BERDANSA

semalam en sesengat n en tabuan telah dijemput ke sekolah yg terletak agak hulu untuk menjadi hakim pertandingan sempena sambutan hari PIBG di sekolah tersebut. situasi disini klw menari mmg la dah jadi mcm makan nasik.tua n muda mmg la pakar menari. sek ini merupakan sek en angkot2. yang menarik perhatian en sesengat ialah perbualan sebelum pergi ke sek tersebut........

en angkot2 : weh karang ada petandingan joget terbuka. so ibu bapa pun join sekali. diaorang ni pelik sikit klw x puas hati habis dibelasahnya hakim2 nih.

en sesengat : .............................(bunyi cengkerik)
en tabuan :.................................(bunyi lipas)

en sesengat : ...........................(masih bunyi cengkerik)
en tabuan : weh sesengat. pnjam badik engko. aku nak bawak pi sekali nih kot2 org nak belasah aku
en sesengat : gila loo.......

en angkot2 : wakakakaka.......aku melawak ja weh

perjalanan ke sek tersebut mmg la mencabar kerana en sesengat terpaksa manaiki perahu dulu melintasi sungai limbang(time malam woo gelap gulita). selepas itu menaiki kenderaan yang direka khas supaya sesuai dgn permukaan jalan (sangat lompat2 woo ) itu jalan. hampir 20 minit en sesengat pun tiba di sek trsebut. program berjalan dgn lancar n en sesengat smpai dirumah hampir pukul 1 pagi......adehhhh......

antara pertndingan yg diertandingkan ialah ratu kebaya,ratu bju melayu, poco-poco, tarian joget, nyanyian irama asli......adehh laaaaa.....ni antara pic yg sempat en sesengat snap menggunakan camera nokia n70-1 2megapixel en sesengat.


 

 

Sunday, November 15, 2009

TRYING MACRO PHOTOGRAPHY

sabtu n ahad...........hmmm apa en sesengat nak buat2 ek. nak berjalan2 ke KK or bandar seri begawan terasa malas (en sesengat dah kopak sebenarnya). jadi utk mengisi masa yg ada en sesengat mengeluarkan drybox lantas mengeluarkan kamera n lens2 utk di servis. hmmm..........bnyak btul habuk.  hmm......trfikir jugak en sesengat nak ambik pic bersifat makro nih tp apa kan daya nak beli macro lens ribu2 harganya. setelah puas digodek2 en sesengat tringat satu entri yg ditulis di satu blog yg en sesengat dah lupa apa nama blog tu mengenai "reverse lens". reverse lens ni ialah menterbalikkan lens utk mengambil gambar yg bersifat makro. jadi utk "mereversekan" lens nih terpaksa menggunakan reverse ring.

inilah rupa reverse ring adapter


ni lah rupa camera yg dah diterbalikkan lensnya

disebabkan en sesengat x mempunyai bnda alah ni maka en sesengat menggunakan teknik yg special iaitu teknik pegangan. hehehehe iaitu pegang jer lens tu guna tgn. maka en sesengat trus mengambil lens 50mm 1.8 nya n trus mencuba2 mengambil gambar makro nih. disebabkan lens dah diterbalikkan maka camera pun trus menjadi biol kerana x dapat men"detect" lens tersebut. maka seting yg digunakan ialah manual [M].  biasalah tgan pun bergegar jadi hasilnya x la secanggih mana pun. nak cari insect  x jumpa lak, nak cari bunga......umah bujang mana nak datang bunganya.....jadi en sesengat pun memotret jerlah objet2 disekelilingnya.............

jam en sesengat

cokelet kisses

yeayy  my guitar

my white konbes

bnyak lagi pic2 yg diambil.termasukalah pic pokok cili kt depan umah. malas en sesengat nak uploadkan.yerlah bukan lawa mana pun......

Saturday, November 14, 2009

KERIS BERDIRI......MISTIK ATAU REALITI

hmmmm.......2 3 hari lepas masa tgah minum2 en sesengat kuar minum2 mnghabiskan malam yang ada dgn rakan2. pekena teh tarik smbil sembang2 kosong. kutuk mengutuk (bukan mengumpat yaa..), ketawa2.....fuhh nikmatnya. tgah2 syok2 bersembang2 trdengar en sembang bergegar di meja sebelah. en sembang bergegar tu en sesengat kenal la jugak. yerlah dah org semenanjung. di Limbang nih yg bagusnya semua org2 semenanjung kenal mengenal antara satu sama lain. yerlah tempat x besar mana. disebabkan en sesengat berada dekat dgn en sembang bergegar nih maka trdengar lah apa yg sedang digegarkan tuh.

en sembang bergegar : ko tau bukan calang2 org blh dirikan keris. x semua keris boleh berdiri nih. keris kat aku nih kira hikmat habis la. korang ingat senang nak dirikan.silap2 boleh isim ko tau.

orang yg mndengar : woooooo....................(kagum)

en sembang bergegar : korang x percaya blh datang kt umah aku.aku blh demo tunjuk lagi. jgn ingat aku datang sini kosong korang tau

orang yg mendengar : wooooo....................
en sesengat : huyooo.....kagum2

en sesengat bertnya pd salah seorang rakan dimeja en sembang bergegar

en sesengat : ko pernah tgok ker keris dia tuh.berdiri betul ker
en pendengar : btul bro. dia letak kt sarung keris.berdiri x jatuh2
en sesengat : huyyooo.....hebatnya.......

malas en sesegat nak mendengar apa yg dgegarkan oleh en sembang bergegar tuh. habis minum trus balik "memorek" kt umah. smpai ja drumah trdengar en tabuan n en angkot masih bersembang pasal keris berdiri tuh.

en sesengat :weh hampa mai cini sat
rakan2 en sesengat : woit apa pasat?

en sesengat trus mengambil sebilah keris dari koleksi en sesengat

en sesengat : nah hampa tgok nih keris berdiri
rakan2 : eh btul la blh berdiri.....cmna ek bole berdiri........
en sesengat : alah dah tukang keris terer membuat.dia balence.boleh la berdiri keris tuh
rakan2 : woooo...........

kiranya en sesengat ni hebat jugak la ek.......x de nyalah tukang keris tu la yg hebat 


Thursday, November 12, 2009

INFRARED PHOTOGRAPHY

hmmmm en sesengat dah pokai sekarang.jarak waktu pmbayaran gaji utk oktober n november trlalu jauh.demnn im broke now. arghhhhhh......tp disebabkan telah teracun dek rakan2 yg tgah tergila2kn infrared fotography en sesengat telah membeli infrared filter kt lelong.com . adehhh....kopak2.sekarang en sesengat tgh menunggu kedatangan IR filter en sesengat tu. gogogogogo skynet goo....apakan infrared photography?haa....semua blh usha2 kt sini .

ni ialah contoh IR filter yg en sesengat search kt en google

tp nak dikira dr segi kualiti gmbar yg menggunakan filter ni agak kurang la berbanding dengan gambar yg diambil dgn dslr yg telah dioperatekan menjadi IR camera. utk pngetahuan yg x tahu camera yg tlh dioperatekan menjadi IR camera nih x blh lagi mengambil gambar yg normal kerana modifikasi yg telah dilakukan. en sesengat juga tgh mengumpulkan dana utk membeli camera nikon d50 member en sesengat yg dioffer dlm harga yg agak berpatutan. fuhh......camera ini akan dioperate sepenuhnya menjadi full IR camera.

contoh pic yg diambil dgn IR Filter

sesiapa yg nak tahu dgn lebih lanjut mengenai IR photogrphy nih blh la godek2 di website nih.

Wednesday, November 11, 2009

KRONOLOGI FOREX EN SESENGAT

seperti yg en sesengat tulis di entri "mr sesengat n forex" en sesengat telah terjebak dgn forex disebabkan diracun oleh sahabat2 en sesengat. disini en sesengat ingin berkongsi perjalanan forex en sesengat. hmmmm.....bukan untuk menunjuk hebat tp sekadar nak berkongsi. en sesengt hanyalah insan biasa yg x tahu apa2 n baru hijau dlm dunia memorek nih. di sebabkan pernah mengalami kerugian besar 4 tahun lalu menyebabkan en sesengat begitu fobia trutama ketika pasaran yg x menentu.

13.10.2009 - en sesengat dgn rasminya mendeposit RM50.00 / usd 13.60
                   - permulaan yg x baik.hari pertama shj en sesengat tlh
                     kerugian 3 USD

14.10.2009- en sesengat mendepositkan lagi usd 13.60 disebabkan tersilap
                    percaturan menyebabkan
                   "available margin" en sesengat dah nak abis
                 - adehh tatak ong woo hari ini

dorongan dr kawan2 menyebabkan en sesengat trus berniaga. rugi n untung menjelma.

29.10.2009- balence dlm akaun trading en sesengat dah mencecah
                    USD 117.49 fuhhhh......en sesengt mula tamak.klw
                    dulu hanya maximum 2 pair dibuka.tp sekarang kadang2 smpai 5 pair

en sesengat trus berjuang.............

11.11.2009 - td pair gbp-usd menggila....hmmmmmm..........
                     kerugian sikit.tp untung jugak sikit.skang
                     balance dah ada USD 210.94.
                     sikit jer.....yerla modal pun sikit.mana nak lawan dgn otai2
                    yang main angka ribuan USD.kita ni
                    novis jer.....wakakakaka....kasik screen shot skek kt bawah


Monday, November 9, 2009

BEBUDAK SEKARANG...



bebudak sekarang. tu la tajuk entri en sesengat kali nih. sebenarnya di petang yg hening nih en sesengat x de idea nak menulis yerlah br blik sekolah.dapat lak baring sekejab. fuh nikmatnya dunia. klw nak di bandingkan dgn zaman en sesengat sekolah dulu mmg jauh bezanya dgn sekarang. mungkin org sekarang telah menjadi begitu educated menyebabkan anak2 mereka telebih uducated mcm mereka. klw dulu ayah n mak en sesengat hanya sbg penoreh getah menyebabkan pemikiran mereka hanya tahap pemikiran pokok getah. pemikiran tahap pokok getah inilah menyebabkan mereka begitu mengagung2kan kerjaya seorang guru. guru adalah segalanya. guru always right. mak bapak dahulu hanya ke sekolah apabila nak panggil cikgu2 makan kenduri sahaja. tp mak bapak sekarang datang sekolah sebb nak kendurikan cikgu. cikgu jentik hidung anak.....datang. cikgu ter"tonyoh" sikit.........datang. klw panggil mesyuarat PIBG x nak lak datang.

dulu pernah en sesengat kena rotan di bontot dgn cikgu bahasa inggeris sebb terlalu nakal walaupun terlalu azab rasanya tp tobat x berani cakap dgn mak n ayah. fuhhh cari pasal jer klw beritahu.bukan nak kasik ubat tp kena tambah azab siksa lagi adala. klw nak diikutkan en sesengat yg pernah kena rotan berkali2 nih dapat belajar smpai masuk U, bebudak sekarang yg jentik pun x pernah kena sure leh lebih lagi kan koman2 masing2 leh smpai PHD sebb otak mereka blum mengalami gegaran akibat dirotan kan. pasni bnyak la lambakan doktor falsafah kt malaysia nih. tringt en sesengt pada seorang sahabat masa sek rendah kena balun dgn cikgu sebb curi ikan dalam kolam sekolah. patah berkerat2 pembaris kuning panjang tu . last2 dapat jugak jadi jurutera petronas member en sesengat tuh. x de plak bpak dia datang pukul cikgu. mungkin org dulu x kuat mcm org sekarang kot. kan kan kan.

ingt lagi masa hari pertama en sesengat jadi guru sandaran di sebuah sekolah di perlis. masa tgah beborak dgn sorang guru lelaki nih. tetiba dia nampak sorang budak dlm kelas tgah bermain smpai berdiri atas meja. trus dia masuk lempang budak tu smpai tguling2 menangis.pastu tau apa dicakapnya...."biarla aku lempang anak aku sendiri, x da orang nak datang serang aku". hehehehhe anak dia sendiri rupanya.patutla selamber ja bagi pelempang. klw nak diikutkan cikgu2 ni bukan suka2 jer nak bg pelempang nih. bila kesabaran dah sampai tahap maksimum br la terlepas. kadang2 tu lepas pun x habis....lepas sikit jer yg selebihnya balik lepas kat bini, laki, anak-anak , kucing n ayam kat umah.

mungkin pasni kita blh tgok mcmana anak2 sekarang ni yg diajar dgn cara peluk cium klw nak dibandingkan dgn cara dulu yg dikatakan penuh dgn kekejaman.

Sunday, November 8, 2009

NEGERI 9 MENANG BERGAYA


tahniah diucapkan kepada pasukan negeri 9 kerana menang bergaya 3 - 1 dlm menentang pasukan kelantan.wlwpun pasukan ini diletakan sebagai team yg "underdog" tp ianya tetap membuktikan mereka dpt memenangi piala Malaysia. en sesengat sgt berpuashati n9 menang mlm ini kerana wlwpun puas dikutuk sahabat2 dr kelantan kerana menyokong n9 tp en sesengat ttp tegar menyokong n9. akhirnya keangkuhan membawa padah.........

Saturday, November 7, 2009

ROCK THE WORLD 9...... LETS SPLASHIN



berjalan2 smbil2 melawat blog kengkawan.tiba2 jer en sesengat nmpak satu flyer yg mmg en sesengat tunggu2 selama ini. ROCK THE WORLD 9. en sesengat trus tringat pada ajakan en tebuan utk ke rock the world klw ada diadakan tahun nih. rupa2nya mmg dianjurkan juga oleh geng2 budak gemuk (fat boys). mengungkap kembali sejarah rock the world en sesengat iaitu en sesengat mula ke rock the world ni pada tahun 2003 iaitu masa 1st year kt UM dulu masa tu rock the world 4 klw x salah.


en sesengat bersama aru koffin kanser di rock the world??? x ingt suda wakakakak

rock the world 5 pula en sesengat bersama2 rakan2 serumah (en junkies, en matyong, en bujal, n geng2 sekepala yang lain )menggegarkan stadium merdeka. rock the world 6 pula menyebabkan rakan seperjuangan en sesengat iaitu en junkies kekecewaan disebabkan band kegemarannya A.C.A.B telah menukar rentak mereka kepada rentak THE A.C.A.B. rock the world 7 pula menunjukan revolusi baru telah dibuat iaitu disediakan 3 stage utuk para band perform. perghh im be part of history. rock the world 8 pula en sesengat x dapat menghadirkan diri kerana best pren en sesengat di kg kawin. huhuhuhu time tu gak hang nak kawin.sgt manis kenangan2 lalu.tringt en sesengat masa tu masing2 rmbut dah panjang tahap gaban. bila dah start moshing n diving tu dah jadi cam hantu sekor2.kenangan2.

n then sekarang rock the world 9 diadakan di sunway lagoon n menggunakan format rock the world 7 iaitu menggunakan 3 stage.fuhh........leh moshing smpai tekeluo biji mate ni wehhhh. klw dulu en sesengat sggup naik keretapi selama 14 jam dari perlis ke kl tp kalinih en sesengat nek flight jer ke kl bersama en tabuan.bersedialah kengkawan2 di kl tggulah daku utk squarters kt umah korang.wakakakaka.....

en sesengat baik : eh sesengat ko kan cikgu skang mana blh moshing2 lagik
en sesengat nakal : ceh apa aku pedulik!!!!!!

Friday, November 6, 2009

chegu vs guru 3 - explicit verson

mengapakah individu sbg seorang guru perlu tahu pasal kmputer.ada juga individu2 yg fobia bila dgr pasal kmputer trutama yg dah berumur2 senja (kiranya dah nak pencen la). sebenarnya x perlu tahu smpai tahap blh edit guna adobe fotoshop tahap gaban atau leh wat html code sendiri tp memadaila tahu word,powerpoint n excell. x meletup la kmputer tu klw tersilap taip sikit. bapak aku yg dah umur 60 lebih pun boleh lagi berwebcam dgn cucu2. kat cni en sesengat menyenaraikan 10 "supaya" mengapa seorang guru perlu tahu komputer :-

1- supaya x perlu sikit2 bertanya mcmana nak play lagu minus one kt laptop padahal berkali2 dah diajar
(bebal betul la)

2- supaya x menyusahkan org lain dgn kerja sendiri

puan buta pc : en sesengat ni kertas soalan budak.nnti keyin masuk yer datanya
en sesengat   : eh kak sy wat yg year six jer, yg tahun 4 n 5 org lain buat

puan buta pc : ala....akak x tahu la pasal komputer ni
en sesengat   : aaaaa.....letak la ats meja tu.lagi pun sy x de bnyak kerja sgt nih just nak habiskan key in  data tahun 6 ni.pastu nak buat report "safari membaca" n nak keyin nama budak 253 org jer.

3- supaya x menggangu waktu cuti orang lain

puan buta pc : en sesengat blh tlg dtg sbtu ni x?akak nak latih budak nyanyi tp x tahu cmna nak hilangkan suara org menyanyi kt video karaoke tu
en sesengat : (go to hell lah engko)

5- supaya pekerjaan x terbatas..........smpai wording utk backdrop pun nak org lain buatkan apa kes wehhhhhh

6- supaya x ada org rasa dia boleh x buat kerja semata2 x tahu komputer n serahkan semua kerja pada org yg terer komputer

7- supaya x ada 2 3 nama saja pemegang jawatan tetap n berpencen klw ada kerja2 yg berkaitan dgn komputer

8- supaya x ada org yg dapat nama atas hasil susah payah org lain.

puan buta pc : dah siap ker sesengat yg kerja akak mintak tlg wat tu?
en sesengat  : dah kak....ada atas meja.

puan buta pc : okeh....klw dah siap akak nak submit kt pejabat
en sesengat   : (aku punya pun lom siap lagi wehhhhhhhh.....)

9- supaya x perlu nak kerah tenaga org utk buat kerja yg sepatutnya dibayar....
puan buta pc 1 : hadoiii....apa kena pc aku ni.virus ke apa.nak g hntar ke kedai la suruh2 tgok2 kan
puan buta pc 2 : x payah hantar jer pada en sesengat.dia pndai pasal kmputer2 nih.

10- supaya x perlu menyebabkan org lain kena ponteng g semayang jumaat sebb sibuk wat kerja org lain.....hadoila sek pun satu habis pukul 1150......1210 dah azan.hadoila.....g semayang zohor la jab.

Wednesday, November 4, 2009

LOK KAWI WILDLIFE PARK

hee hooooo......memandangkan haritu en sesengat ke KK bersama en ustat n family maka en sesengat pun diajak ke LOK KAWI WILDLIFE PARK aka zoo. jadi tmpat ni la kita blh melihat binatang2 yg kita x blh lihat di sekeliling rumah. jarak tmpat ni x la jauh sgt lebih kurang 20 minit jer dr bndar kk. then nak masuk kene tiket 10 hengget utk org dewasa n utuk bebudak klw pndai ayat dia kasik free jer...wakakakaka, klw x pndai 5 hengget dia cas.



kt cini sekecil2 makhuk seperti tungau n sebesar2 makhluk seperti gajah dapat dilihat. ada juga tmpat2 utk reptilia tp en sesengat x g sebb dah pancit nak pnjat bukit. almaklumlah dah tua nih.lutut pun asyik longgar jer...wakakakak. d kesempatan ni en sesengat sempat memberi tutorial ringkas mengenai aperture n shutter speed kepada en ustat. en sesengat juga ternampak seorang brader dgn nikon d300 nya n lens Af-S Nikkor 200-400 mmnya....fuhhh gerek sehhhh, tmpat ni juga top dgn org utannya.so blh la sesapa nak belajar memnjat mcm org hutan leh la dtg cini. secara ksimpulannya mmg bnyak la haiwan2 kt cni smpai bepeluh ketiak jugak la en sesengat pusing2.


Monday, November 2, 2009

JALAN2 CARI CAMERA

memandangkan en sesengat br blik dr camping, maka en sesengat ingin memanfaatkan hari sabtu n ahad en sesengat dgn aktiviti yg paling berfaedah iaitu tidur. tiba2 en sesengat mendapat sms dr en ustat untuk menemaninya ke kk @ kota kinabalu @ kota keriangan utk membeli camera. sudah lama en sesengat perhatikan bahawa en ustat mempunyai minat yg mendalam utk memiliki DSLR. disebabkan en ustat mengoffer utk mengsponser en sesengat segalanya trmasuk hotel maka dgn berbesar hati en sesengt pun bersetuju utk ke kk. jarak antara limbang ke kk klw x de jemn di border adalah dalam sekotak rokok 6 jam sahaja.




setelah mengadakan perbincangan n bersesuaian dgn bajet en ustat berstuju utk memiliki nikon d5000 untuk menjadi geng gelap "dark side" bersama en sesengat. setelah puas meneroka bandar kk dan setelah ke kedai2 yg disyorkan oleh member2 en sesengat maka perjuangan en sesengat n en ustat utk menego n merompak seberapa bnyak free gift pun bermula.......fuh sgt kedekut itu uncle.nak ikutkan en sesengat uncle tu punya blower pun en sesengat nak mintak sbg free gift. sure x le tdo malam en ustat dah dapat camera baru......huhuhuhuhuhuh



n kepada en ustat n family trima kasih bebanyak sponser en sesengat.....segan plak rasanya hehehehehehe.so en ustat WELCOME TO THE DARK SIDE.....yea yearghhhhhh................

Thursday, October 29, 2009

SESENGAT N CAMPING

Pada suatu hari.......

puan GB : sesengat nnti minggu depan jadi guru pengiring yer....ada camping selama 4 ari
en sesengat : (ah...sudahhh).... owh.....dimanakan
puan GB : di sek yadayadayada .sek tu kt kaw pedalaman.nnti en sesengat kena bg ceramah jugak masa slot motivasi
en sesengat : (ayarkkk pedalaman....x da can nak lari balik tdo kt umah nih). bah.....




brmulalah episod en sesengat pergi camping nih.dah lama x bercamping, berkawan dgn nyamuk n agas,tdo didalam khemah. ingtkan dah tua2 cmnih x lagi kena bercamping.tp apakan daya.......org bawahan kena mengikut perintah sahaja......disuruh g camping terpksa la pegi....diberi bonus RM500 shj terpaksa la terima.... SAYA YG MENURUT PERINTAH...........AOK BAHHHHHH.........

Saturday, October 24, 2009

LELONG.COM ADDICT

rasanya baru2 ini suasana siber dilandai oleh gelombang facebook yg agak teruk.rata2 individu yg dijumpai mempunyai facebook. rakan2 en sesengat juga seperti en tebuan dan en angkot2 juga mempunyai face book dan tidak lupa juga pada en ustat gadong yg baru2 ini telah meng"add" Dato Fuad Zakashi (pasang kabel nak mintak trnsfer ker hehehehe....). tp pada en sesengat tidak pula trpengaruh dgn facebook nih (sebenarnya takut dbambu dek mrs sesengat).



tapi satu kegilaan pelik en sesengat ialah addict pada LELONG.COM. setiap hari mesti en sesengat akan buka utk mengusha2 barang2 yg terdapat di dalam tu. tiap2 bulan mesti ada barang yg dibeli dr website tuh. ada satu ketika en sesengat dah tatau nk beli apa n memandangkan baru dapat gaji en sesengat terbeli juga "pick" gitar yang bharga 5 ringgit. wlawpun saat2 genting seperti bulan ini yg mana gaji agak lewat dterima sempat juga en sesengat mencopet riverse ring adapter utk camera en sesengat.kegilaan ini pernah brjangkit pada en angkot2 kerana pada satu hari enam (6) biji jam smpai dirumah. bila di tanya en angkot2 kata dia "bid" dekat lelong ..........fuhh....agak2 la sekali bid 6 biji terus tu....hmmm camna ek nak menghilangkan addict nih.........adicct ni menkopakkan en sesengat.

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010 PUNYA CERITA


hari ini en sesengat begitu semangat mahu menonton tv. en sesengat bersama rakan2 iaitu en tebuan n en gadong sanggup menutup sementara kaunter forex semata2 nak melihat pmbentangan bajet 2010........

teguk demi seteguk air yg diminum leh Dato Seri Najib namum tidak ada pun pengumuman yg ditunggu oleh en sesengat n rakan2......tiba2 datanglah en abg dol ke rumah en sesengat. dr luar lagi en abg dol dah heboh2 berdasarkan info yg dia dapat dari rakannya....

en abg dol : dah tau dah kawe.saing kawe ghoyak tadi dapat sebulan gaji bonus pastu gaji naik 10% tp elaun cola dihapuskan

en sesengat : biar betul ko nih

en abg dol : saing kawe cakap komfirm

en tabuan : perghh...10 percent ker.....naik dalam rm 200 tu. biarla cola dhapuskan pun kita kt cni bukan dapat pun elaun tu

berita dr en abg dol tu menyemangatkan lagi en sesengat utk menonton pembentangan trsebut smai habis.....ingtkan panas smpai ke petang tp hujan di tengahari........apa yg diumumkan begitu meremukan hari en sesengat n rakan2. ...........

Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

tp oklah ada la juga n lebih baik dari x ada. en abg dol melarikan diri entah kemana utk mengelakan terkena "riot" en sesengat n rakan2..........fuh...aku buat ko jadi umpan pancing udang pasni abg dollllll......................SIALAN LOOO

Thursday, October 22, 2009

chegu vs guru 2

br2 ini en sesengat terlibat dgn perkemahan yg melibatkan masa kerja. klw nak diikutkan en sesengat mmg la trsangat malas nak berkhemah2 nih. so dgn rasa berat hati trpksalah en sesengat pergi juga. aktiviti pertama ialah pndaftaran n memndangkan en sesengat brtugas sbg fasilitator program maka en sesengat ambik lah masa tu utk kua brekfast kejab.

nak dijadikan cita smpai jer kt kedai tu en sesengat ternampak 2 org rakan sekerja tgh sedap pekena teh tarik. x lain x bukan puan mulut bersepai n kawannya. en sesengat pun tegur la lalu dibalas dgn senyuman kerang busuk dari mereka.

en sesengat : hmm....boleh la plak kua minum2 time sek.ni sure dah lama wat kerja nih (ckp en sesengat di dlm hati)

en sesengat malas nak ambik pot.asalkan mereka2 tu x mnyusahkan en sesengat. minggu selepas tu bila en sesengat kembali ke sekolah. seorang rakan "sedownloads" bertanya pada en sesengat........

en downloads : weh....ko kantoi dgn puan mulut bersepai ke haritu.....
en sesengat : en kantoi apa lak?
en downloads : dah heboh satu sekolah ko g minum2 masa g kem
en sesengat : (mengeluarkan kata2 makian yg x dapat disiarkan disini)


hmmmm................mcmni punya manusia pun ada ka. DEMNN. PATUT TEMBAK JA DGN SENAPANG GAJAH

Wednesday, October 21, 2009

DURIAN OH DURIAN


sekarang di limbang sedang rancak dgn musim buahnya. pelbagai buah2an tmpatan trjual dgn bnyaknya. en sesengat juga bnyak mndapat offer dari org2 kg dan rakan2 sekerja yg mempunyai dusun untuk datang "merompak" di dusun mereka. pernah satu ketika en sesengat trkejut kerana ingtkan hanya 2 atau 3 pokok rambutan untuk di rompak tp rupa2nya ada 150 pokok. terkincit buih dibuatnya.

br2 ini juga jiran en sesengat iaitu en bomba dtg memberi seikat durian yg seperti gmbar diatas trsebut.nilah 1st time en sesengat mkn durian yg mcm nih. klw x silap en sesengat dgr durian ni namanya durian isu. bentuknya agak kecik dan warna isinya juga agak anih.berikut adalah hasil temubual en sesengat mengenai rasa durian nih.......

en ustaz gadong : hmmmm........rasa mcm rusa, payau!!!!!
mrs sesengat : ada bau mcm cat la
en tebuan : ada cam rasa2 nangka sikit

bg en sesengat rasanya agak anih. tp ok la n diakui ianya ada mcm rasa buah nangka sikit2.mungkin dah di kacukkan kot.hmmm....................

masa berjalan2 tu en sesengt juga trnampak durian yg isinya merah terang. x sempat lak en sesengat nak tanya apa nama durian tuh. melihat durian tu tringt pulak durian yg si Oopet tu mkn dlm cite geng pengembaraan bermula tu............

Monday, October 19, 2009

CUSTOMER ALWAYS RIGHT?????

haritu en sesengat ada membuat artikel pasal customer service yg amat truk di sebuah pejabt pos. hmm harini en sesengat terkena lagi tp di tempat lain. oleh kerana 2 hari internet en sesengat down. jadi untuk mengelakan counter forex en sesengat mengalami kerugian maka en sesengat trus la ke pusat servis internet yg terdekat. masuk jer ke dalam service center trsebut en sesengat trus menuju ke kaunter memandangkan tidak ada customer masatu........

en sesengat : hello...sy nak tnya pasal internet sy la
en internet :............................................................. (tgh buat2 sibuk di depan komputer)
en sesengat : dah dua hari x ada ni kenapa ya?
en internet : (tanpa melihat en sesengat lgsung)..internet kt limbang ni mmg tgh problem.tecnichian tgh betulkan.
en sesengat : bila ya agak2 boleh ok
en internet : tunggu jelah.

sgt cantik bahasa mereka. mungkin cikgu BM mereka tidak ajar mcmana nak berbahasa dgn betul. hmmm.....bsok en sesengat akan mengajar bebudak en sesengat tntang cara berbahasa dgn betul.

Saturday, October 17, 2009

mr sesengat n forex


gmbr ini adalah hiasan semata2 n bukan gmbr en sesengat

en sesengat dah lama mengenal forex nih. ada masa kita rugi n ada masa kita untung. en sesengat pernah menjadi trader forex nih masa tahun 2007 n masa tu en sesengat tgh praktikum. di sebabkan telah mngalami kerugian yg besar maka en sesengat mngambil kputusan utk brhnti. br2 ini rakan2 en sesengat mula brjinak2 dgn forex. en sesengat telah diracun utk sama men"join" dlm aktiviti penyangak matawang nih. tapi pngalaman lmpau menyebabkan en sesengat dpt menasihati rakan2 supaya mereka x menjadi spt en sesengat dahulu.

setiap hari en sesengat mendngar sorakan dan ajakan dr rakan.......

en gadong : fuhh..........harinih aku dapat 200usd
en tabuan : aphoooo............aku dapat 80 pips harinih
en angkot2 : pergh perangkap aku mengena nih. usd-jpy nak turun nih cepat sell semua

aktiviti memorex ni menyebabkan rakan2 en sesengat yg mana dahulunya liat gila nak bngun pagi g keja dapat bngun seawal 5 pg utk menunggu kaunter trading buka....en sesengat dah lali dgn perkara2 ni semua.

akhirnya pada tanggal 14 oktober lepas..................................................

en sesengat : apa weh terminal yg korang guna.aku nak rejister gak ar.start men sikit dulu blh ker...................hehehehehehehehe

Wednesday, October 14, 2009

PARANG DUA BERADIK

br2 ini en sesengat telah dhubungi oleh tukang parang en sesengat kerana parang dua beradik en sesengat telah siap. parang ini en sesengat tmpah khas dari besi spring kenderaan yang diakui ketajamannya. prang ini boleh digunakan utk melapah n memotong semasa kenduri kendara. inilah rupanya .....................................................................................................................................

Tuesday, October 13, 2009

EN SESENGAT VS NIKON D200

br2 ini trdpat function iaitu ramah tamah aidilfitri guru2 dr semenanjung. fotographer rasmi majlis trsebut ialah en ustat iaitu sahabat seperjuangan en sesengat dlm hobi fotography ini. entah mcmana pada hari tu anak en ustat meragam pulak n en ustat trpksa menyerahkan cameranya iaitu nikon d200 pada en sesengat. en sesengat yg lebih biasa dgn camera nikon d90 trus mengambil camera en ustat tnpa bnyak soal. maka dgn selumbernya en sesengat trus menunjukan skillnya mengambil gmbar. nak dijadikan cerita tetiba ja battery speedlight/flash camera tu low. bg en sesengat bnda tu mmg tadahal punya. en sesengat trus mencabut flash trsebut n mula mengambil gmbar secara tanpa speedlight, tp sebelum tu en sesengat trpksa mengubah mod camera trsebut kepada mod kegemaran en sesengat iaitu "M" atau manual. tiba2 ja br en sesengat perasan yg nikon d200 x mempunyai butang mod seperti nikon d90. adehh................peluh jantan dah mula menitik. cuak skek skek. kepakaran en sesengat mula tercabar.en ustat pun dah kemana perginya. godek punya godek...........belek punya belek.........................x jugak jumpa2..............................

akhirnya........................................tetiba ja nama en ustat dipanggil sbg pemenang cabutan tiket bertuah. br la nmpk batang hidungnya.hehehehe...............sorry la en ustat pic ko mmg la x de. bila en ustat turun dr pentas br le en sesengat brtnya mngenai kekusuan yg melanda. rupa2nya butangnya di atas tu jer.ceh......wat bikin malu jer.....................

inilah rupanya camera en ustat yg telah berjaya mencuakkan en sesengat

Monday, October 12, 2009

PENANGAN BUAH KEMBAYAU

br2 ini en sesengat telah dijemput ke rumah trbuka yg diadakan oleh geng poco2 en sesengat. pelbagai hidangan yg menarik. tp yg paling menarik perhatian en sesengat ialah buah kembayau. buah kembayau ni dah lama en sesengat tringin nak mkn kerana ianya nmpak menarik n sedap. bentuknya klw x dibuang kulit ialah seperti buah "keriang dot" klw di belah utara sana. en sesengat x tahu apa nama saintifik untuk buah "keriang dot". lebih2 lagi en sesengat bnyk mndengar ulasan2 trutama dr rakan2 di limbang yg menyatakan bahawa buah kembayau ni sedap woo.....menurut rakan dari miri.di tempatnya buah kembayau di panggil buah "dabai".harga buah kembayau ini berdasarkan pasaran tamu/pasar limbang ialah antara RM3-RM5 sekilo.
setelah di hidangkan en sesengat trus mengambil sebijik kerana takut buah kembayau tersebut dihabiskan oleh rakan2 yang sangat kuat mkn atau lebih dikenali sebagau hantu kembayau.
buah kembayau

-------------gigitan pertama----------------------------------------------------

sukar ditafsirkan.............................................
erkh...................rasanya................kelat2......pahit2......payau2..............
en sesengat terasa bgitu lama untuk menghabiskan sebiji buah kembayau trsebut wlwpun saiznya hanya sebesar ibu jari en sesengt. mungkin tekak en sesengat x sesuai dgn buah kembayau........
buah kembayau yg siap dimasak

Sunday, October 11, 2009

PARANG LIMBANG

antara perkara yang menarik hati en sesengat di limbang ini ialah seni membuat parang nya. ini kerana di limbang terdapat ramai tukang2 parang yang kreatif dalam segi membuat parangnya.perlbagai jenis besi besi digunakan untuk membuat parang dari besi spring lori, sehinggakan besi yang diambil dari kereta kebal menjadi pilihan tukang-tukang ini.


ini ialah parang kepunyaan en tebuan (credit to en tebuan - pasni kita pekena abc). parang ini agak kukuh buatannya dan ada "feelnya" apabila en sesengat memegangnya. en sesengat ada bertanya pd en sesengat apa yang nak dibuat dgn parang nih. berkebun ker. en tebuan membalas yang parang ni dia ingin buat perhiasan saja n buat tebas kepala pencuri yang pecah masuk ke rumahnya. huihhhhh........bahaya betul en tebuan nih......

Wednesday, September 2, 2009

wehhhh wooooo.......

lamak gilak en sesengat x update blog nih....mungkin disebabkan faktor berpuasa menyebabkan en sesengat menjadi seorang makhluk yg paling malas di muka buni nih.huhuhuhuhu..........

Wednesday, August 12, 2009

chegu vs guru 1

pelik en sesengat dgn cikgu2 sekarang. smpai bermasam muka disebabkan rakan setugas selalu keluar bertugas di luar seperti bekursus dan sebagainya. kononnya mereka ni dah penat sit in @ relief utk cikgu trsebut. tp bila masa mereka yg kena berkursus...... balik dgn tersengeh2 mcm kerang busuk mcm x da apa2 yg berlaku. hmmm cikgu...cikgu....

Tuesday, August 11, 2009

WELCOME TO KAPIT PART 1

br2 ni en sesengat telah mewakili team PSKPP limbang ke pesta PSKPP peringkat negeri sarawak yg diadakan di daerah kapit.......kenapakan di daerah kapit??? sama2 kita membongkarnya...kita terjah!!!!!

untuk ke kapit dr limbang punyalah azabnya.mungkin kerana bajet pihak berwajib tidak menyediakan flight tetapi hanya menggunakan pengankutan bas shj.adoyaiii~~~. untuk ke kapit dr limbang ialah 3 jam limbang- miri, 8 jam miri-sibu, 3 jam sibu-kapit (menggunakan bot xpress). oleh kerana utk ke kapit tidak mmpunyai pngankutan darat maka terpksalah menggunakan pengankutan air,

pekan kapit tidaklah sebesar mana.ia merupakan pekan persisiran sungai yang dikelilingi dek bukit bukau. en sesengat ber serta geng-geng mengalami sedikit kesukaran untk mencari tempat mkn disini.yerlah mungkin org baru kan. so tidak berapa tahu lagi selok belok kapiet nih. aphooooo......

so utk cikgu2 yg baru nak posting.bersedialah mental n fizikal anda bila anda mendapat teks yang disukai ramai "TAHNIAH ANDA DIPOSTINGKAN KE KAPIT"

Thursday, August 6, 2009

SUSPECT H1N1

BR2 INI EN SESENGAT AGAK SIBUK.TRPAKSA BERKURSUS KE MIRI SELAMA 2 HARI KEMUDIAN TRPKSA BERKEJAR KE KAPIT KERANA EN SESENGAT TELAH MEWAKILI PSKPP LIMBANG KE PESTA PSKPP PRGKAT NEGERI YG DIADAKAN DIKAPIT SELAMA 5 HARI. SEMASA DLM PERJALANAN BALIK SESUATU PERKARA LUAR BIASA TELAH BERLAKU.

perkara ini berlaku semasa en sesengt trpksa melakukan ujian saringan h1n1 semasa hendak memasuki sempadan brunei.....

pn medical : ok en sesengat kamu berdiri dlm kotak tu.sy nak amik suhu badan kamu.

tnpa perasaan bersalah en sesengat trus masuk ke tmpat yg dmaksudkan dan mata en sesengat tertumpu pada monitor yg menunjukan suhu. suhu menunjukan badan en sesengat 39c. kelihatan pn medical trsebut tgh cuak apa lagi en sesengat.huhuhuhu aku mauk blik bekerja indak mauk aku tdo di brunei nih...

pn medical : biar btul suhu badan kamu nih....
en sesengat : (diam.........mmpus aku....)

pn medical : huh....cuba kamu buka spect kamu
en sesengat : (diam..cuak....buka spact)

pn medical : haaa nasib baik da turun. "panas" rupanya spect kamu nih
en sesengat : (fuh..salamat). ok tq

trus en sesengat meneruskan perjalanan ke limbang.

moral this story - pakailah spect yg tidak "panas". itu br spect rabun jauh en sesengat. yg pakai "sun glases tu sure lagi panas yek"

Friday, July 24, 2009

POS POS POS

SATU HARI EN SESENGAT KE PEJABAT POS. UTK BERTNYAKAN "ENTENSION TUBE" YG DIBELINYA DI LELONG DOT COM SAMADA DA SMPAI KE BELUM. KELIHATAN EN PEJ POS TGH BERBORAK DGN KAWAN2NYA SMBIL MENGUNYAH BISKUT KERING

EN SESENGAT : Assalamualaikum bang.sy nak tumpang tnya.ada ke bungkusan guna register pos ats nama en sesengat smpai??

EN PEJ POS : kenapa lak bungkusan nak guna rejister pos. max utk rjister pos 2 kilo ajak.so ckp betul2 rejister pos ka benda lain (smbil wat muka x puas hati).

EN SESENGAT : (sial btul mamat nih). rejister pos bah.sy dah check kt internet udah smpai katanya.

en pej pos yg buruk laku ni pun pergi masuk kononnya utk menyemak nama en sesengat. x smpai 30 saat mamat ni pun keluar. n jawapannya......

EN PEJ POS : x ada.smbil smbung berborak masalah negara dgn kawan2nya.

MORAL THIS STORY : USE SKYNET!!!!!

Thursday, July 16, 2009

BERAKIT2 DAHULU BERENANG2 KETENGAHAN

KISAH INI BERLAKU SEWAKTU EN SESENGAT SEDANG RELEKS2 MENONTON CERITA ORG MINYAK DI CHANEL CITRA

en tabuan : ngat (nama manja en sesengat) jom atr aku g jeti jab.mlm ni aku ne tdo kt sekulah la.aku ne jaga bebudak kem motivasi.

en sesengat : ok bah kalau kau (en sesengat berbahasa limbang)

setelah en sesengat mnhantar en tabuan br lah en sesengat trnampak jeti yg en tabuan mksudkan tu. ini bermakna en tabuan terpaksa berulang alik menybrangi sg limbang hari. fuhh....sungguh kental hati en tabuan demi mendidik anak bangsa (kasi up sikit wakakaka). dia punya sg bknnya alang2.siap ada sang bedal lagi di dalamnya. tp en sesengat tgok rileks ja diaorg2 nih life jacket pun x pakai.huhuhuhuhu

pic en tabuan n en angkot2 tgh menunggu "flight" ke seberang

hah flight udah smpei deh!!

Tuesday, July 14, 2009

ANAK MICHAEL JACKSON

ARTIKEL INI EN SESENGAT TELAH MENCOPY DR WEBSITE HARIAN METRO

Kematian mengejut Michael Jackson mungkin memberi tiga anak kesayangannya sesuatu yang tidak boleh diberikan - peluang untuk menjadi diri mereka sendiri.

Raja Pop itu mengabdikan kehidupannya untuk mewujudkan Neverland, taman umpama dalam kisah pari-pari. Dunia realiti di sekeliling mereka hanyalah bersembunyi di sebalik topeng atau di belakang pengawal peribadi bertubuh sasa.

Prince Michael Joseph, 12, Paris Michael, 11, and Prince Michael II atau 'Blanket,', tujuh, tidak pernah ke sekolah. Mereka tidak mempunyai kawan sebelah rumah. Mereka tidur dalam bilik yang sama. Orang luar yang mereka ketahui hanyalah orang asing yang bapa mereka bawa pulang untuk menghiburkan mereka, termasuk pelakon dan ahli silap mata. .

" Mereka adalah kanak-kanak paling hebat pernah saya temui. Mereka tidak sombong. Mereka berbudi bahasa, tidak seperti anak Hollywood yang lain, walaupun dicurahkan kasih sayang sepenuhnya oleh Michael," katanya kata rakan keluarga itu Stephen Price kepada majalah Us Weekly.

"Paris berbudi bahasa walaupun pendiam. Prince yang paling peramah. Blanket pula pintar tetapi juga pendiam."

Untuk menghiburkan anaknya, Michael sentiasa membawa mereka membeli-belah di tengah malam di kedai yang dibuka khusus untuk mereka. Mereka menjelajah dari California ke Las Vegas ke Barain ke Ireland ke New Jersey ke Switzerland.

Pada 2007, Michael menutup sebahagian New York, New York Hotel di Las Vegas supaya anaknya boleh bermain permainan video dan roller coaster. Dan kanak-kanak itu akan muncul dengan mata kuyu di kedai buku dan mainan untuk membeli-belah pada jam 2 atau 3 pagi.

Mereka sering makan makanan kegemaran Michael - KFC- tidak kira tengah hari atau malam.

"Prince I, Paris and Prince II adalah hidup Michael," kata seorang lagi kenalan penyanyi itu, Dieter Wiesner kepada majalah Life & Style.

"Dia membuat sarapan pagi untuk anaknya. Ramai yang tidak tahu mengenai Michael dalam hal ini."

Mungkin paling menggembirakan daripada perspektif kanak-kanak - mereka tidak perlu ke sekolah.

"Saya akan membina sebuah sekolah komputer di Neverland," kata Michael dalam temuramah beberapa tahun lalu.

"Bagaimana mereka nak serap masuk ke dalam masyarakat. Satu ialah Prince Michael Jackson dan satu lagi Paris Katherine Michael Jackson. Terlalu sukar untuk mereka bergaul," katanya.

Dia juga menjadikan dirinya contoh dengan menunjukkan mereka bagaimana untuk bersikap lebih bertanggungjawab, kata seorang penerbit rekod Michael kepada penulis kisah hidupnya, J Randy Taraborrelli.

Prince Michael pernah menjatuhkan bertih jagung di lantai studio dan penerbit itu membongkok untuk membersihkannya.

Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Michael segera meminta maaf.

"Dia anak saya. Biar saya yang membersihkannya," kata Michael, menurut Taraborrelli.

"Penerbit berkenaan berkata, 'Saya melihat bagaimana Michael melutut di lantai dan mengutip bertih jagung itu. Saya yakin Madonna tidak akan berbuat demikian.'"

Michael berusaha keras memastikan anaknya tidak rosak, kata beberapa rakannya.

"Dia mahu mereka mempunyai peluang merasai zaman kanak-kanak, sesuatu yang tidak dinikmatinya. Dia mahu memastikan mereka bermain kerana mereka adalah kanak-kanak. Dia memastikan mereka dijaga dan pada masa sama dia memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak. Dia tahu cara mendidik mereka menjadi orang baik. Itu yang saya lihat pada kanak-kanak ini: pintar, cerdik dan baik.

"Michael bukan garang atau tegas tidak tentu fasal," kata Stuart Backerman, bekas penasihat Michael dari 2002 hingga 2004.

Dia teringat satu kejadian pada 2004 apabila dia memasuki dapur di Neverland dan melihat Paris, yang ketika itu berusia enam tahun, meludah makanannya. Kejadian itu menarik perhatian Michael.

"Michael merenungnya dan berkata kepada anaknya: 'Kita tidak meludah makanan dan kita tidak bercakap yang tidak baik mengenai orang lain di rumah ini. Kita mempunyai tingkah laku yang baik,'" kata Backerman, mengenang kembali teguran Michael pada anaknya.

"Ia tidak memberi kesan kepada saya ketika itu. Tetapi apabila mengenang semula kejadian itu, ia mengingatkan saya mengenai kehebatan Michael sebagai bapa."

Beberapa rakan Michael pula berkata, dia juga berusaha keras menanam sifat keyakinan diri yang tinggi di kalangan anaknya.

Paris,11, membuktikannya apabila dia berucap di majlis penghormatan terakhir untuk bapanya Selasa lalu untuk memberitahu kira-kira 20,000 orang di Stapels Center dan berjuta-juta lagi yang menonton di seluruh dunia - "Ayah saya adalah bapa terbaik yang boleh anda bayangkan."

"Paris mungkin selama ini berselindung di sebalik topeng dan selubung tetapi dia tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri gadis belasan tahun yang rosak akhlak," kata Backerman.

Prince Michael dan Paris dilahirkan oleh isteri kedua Michael, Debbie Rowe, jururawat di klinik dermartologinya, menerusi permanian berhadas.

Debbie tidak memainkan sebarang peranan dalam kehidupan kanak-kanak itu tetapi membayangkan dia mungkin menuntut hak penjagaan mereka selepas kematian Michael.

Ketika kecil, kanak-kanak itu dijaga oleh sepasukan enam pengasuh dan enam jururawat yang bekerja syif. Mereka diawasi televisyen litar tertutup.

"Petugas siang akan melatih kanak-kanak itu untuk menguatkan tenaga mereka. Petugas malam pula membacakan buku dan menyanyi untuk kanak-kanak berkenaan," kata Taraborelli.

Seorang petugas berkata, kualiti udara di bilik kanak-kanak itu diperiksa setiap jam dan semua peralatan dibuang setiap kali dipakai. Mainan juga dibuang setiap malam dan digantikan dengan baru keesokannya.

Saturday, July 11, 2009

SURAT UGUTAN UNTUK CIKGU SESENGAT


cerita kali ini lebih berbentuk serius.en sesengat telah menerima surat ugutan......apakan ini............
br2 ini seorang murid telah menghantar pd en sesengat surat yg dikirim oleh GB dsebabkan en sesengat telah menyampaikan ceramah motivasi untuk murid2 UPSR. dikepilkan sekali sebuah sampul bewarna cokelet.apakan sampul itu?(en sesengat trtanya2.adakah ada duit didalamnya sbagai saguhati bg ceramah haritu???ok gak klw mcmtu wakakakaka)tanpa membuang masa en sesengat pun membukanya.hasilnya............


ayarkkk.....rupa2nya pic en sesengat masa pertndingan poco2 aritu.wakakakakaakakakaka.......ini boleh menjatuhkan imej en sesengat sbg lelaki macho nih.


Thursday, July 2, 2009

ROKOK LIMBANG

br2 ini semasa tgah lepak makan2 en sesengat ternampak rakannya membeli rokok yg sangt aneh.utk pngtahuan semua di limbang terdapat bnyak rokok free duty yg mana rata2nya en sesengat mendapat ulasan dr persatuan perokok tegar limbang yg rokok di limbang rasanya tidak seperti rokok free duty yg terdapat d semenanjung. rokok free duty di sini lebih umh...rasanya. (ini bukan iklan rokok. amaran dari kerjaan malaysia. merokok membahayakan kesihatan). kata mereka sesiapa yg tinggal di limbang tetapi tidak merokok itu adalah satu kerugian yg besar. huhuhuhu........rokok di sini jua pelik2 jenamanya. rokok di bawah ini mmg pelik dan harganya juga pelik. rokok ini harganya hanya RM 1 sekotak. ayarkkk........murahnya..........


SIBUK !!! SIBUK !!!!!


en sesengat sedang mengalami kesibukn yg amat sekarang ini.smpai menjengok blog ini pun tidak sempat. minggu ini en sesengat langsung tidakmenjejakan kaki beliau di sekulah kerana terlibat dgn satu aktiviti peringkat negeri yg diadakan di limbang.rutin harian en sesengat minggu ini ialah kuar rumah pukul 6 pg dan chek in balik pukul 2 pgi. amat sibuk sekali mengalahkan menteri congo.sekian terima kasih.

Saturday, June 27, 2009

NIKON D90

berdasarkan permintaan ramai yang sememangnya tidak ramai (en kakashi dan en junkies) en sesengat pun trpaksalah menunjukan peralatan menangkap gambarnya. setelah sekian lama menggunakan camera nokia n70 yang berkapasiti 3 mgapixcel en sesengat mengpgrade sedikit peralatan menangkap gambarnya kepada nikon d90 + af-s dx nikkor 18-105mm vr + af nikkor 50mm f/1.8 d.oleh kerana camera nset en sesengat selalu saja mereng bila masa mengbil pic maka terpaksalah en sesengat bertukar arah walaupun berat hati ini untuk berubah angin.(wakakakak buleh pakai ka alasan nih).nah inilah ghupenya kengkawan..
comel kan camera en sesengat??


Thursday, June 25, 2009

JALAN2 KE HULU PART 2

para tetamu2 didedahkan dgn budaya org ulu ini yang mananya kebanyakan terdiri dari kaum "iban" dan "lun bawang". amat unik sekali budaya rakyat malaysia. ini menyebabkan en sesengat bgitu bangga menjadi rakyat malaysia (terpatriotik la kajab).antara acara yang diadakan seperti upacara perkahwinan org iban, upacara ranyai, pertandingan kumang (perempuan) dan keling (lelaki) dan bnyak lagik.cakap bnyak x mau lihat ajak antara pic2 yang sempat disnap oleh en sesengat.
nikon vs canon..wakakakak.
tarian pembukaan yg amat menarik sekali





otai2 seperti ketua2 kg dan tuai2 rumah lepak2 sambil minom2
Related Posts with Thumbnails