Thursday, October 29, 2009

SESENGAT N CAMPING

Pada suatu hari.......

puan GB : sesengat nnti minggu depan jadi guru pengiring yer....ada camping selama 4 ari
en sesengat : (ah...sudahhh).... owh.....dimanakan
puan GB : di sek yadayadayada .sek tu kt kaw pedalaman.nnti en sesengat kena bg ceramah jugak masa slot motivasi
en sesengat : (ayarkkk pedalaman....x da can nak lari balik tdo kt umah nih). bah.....




brmulalah episod en sesengat pergi camping nih.dah lama x bercamping, berkawan dgn nyamuk n agas,tdo didalam khemah. ingtkan dah tua2 cmnih x lagi kena bercamping.tp apakan daya.......org bawahan kena mengikut perintah sahaja......disuruh g camping terpksa la pegi....diberi bonus RM500 shj terpaksa la terima.... SAYA YG MENURUT PERINTAH...........AOK BAHHHHHH.........

Saturday, October 24, 2009

LELONG.COM ADDICT

rasanya baru2 ini suasana siber dilandai oleh gelombang facebook yg agak teruk.rata2 individu yg dijumpai mempunyai facebook. rakan2 en sesengat juga seperti en tebuan dan en angkot2 juga mempunyai face book dan tidak lupa juga pada en ustat gadong yg baru2 ini telah meng"add" Dato Fuad Zakashi (pasang kabel nak mintak trnsfer ker hehehehe....). tp pada en sesengat tidak pula trpengaruh dgn facebook nih (sebenarnya takut dbambu dek mrs sesengat).



tapi satu kegilaan pelik en sesengat ialah addict pada LELONG.COM. setiap hari mesti en sesengat akan buka utk mengusha2 barang2 yg terdapat di dalam tu. tiap2 bulan mesti ada barang yg dibeli dr website tuh. ada satu ketika en sesengat dah tatau nk beli apa n memandangkan baru dapat gaji en sesengat terbeli juga "pick" gitar yang bharga 5 ringgit. wlawpun saat2 genting seperti bulan ini yg mana gaji agak lewat dterima sempat juga en sesengat mencopet riverse ring adapter utk camera en sesengat.kegilaan ini pernah brjangkit pada en angkot2 kerana pada satu hari enam (6) biji jam smpai dirumah. bila di tanya en angkot2 kata dia "bid" dekat lelong ..........fuhh....agak2 la sekali bid 6 biji terus tu....hmmm camna ek nak menghilangkan addict nih.........adicct ni menkopakkan en sesengat.

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010 PUNYA CERITA


hari ini en sesengat begitu semangat mahu menonton tv. en sesengat bersama rakan2 iaitu en tebuan n en gadong sanggup menutup sementara kaunter forex semata2 nak melihat pmbentangan bajet 2010........

teguk demi seteguk air yg diminum leh Dato Seri Najib namum tidak ada pun pengumuman yg ditunggu oleh en sesengat n rakan2......tiba2 datanglah en abg dol ke rumah en sesengat. dr luar lagi en abg dol dah heboh2 berdasarkan info yg dia dapat dari rakannya....

en abg dol : dah tau dah kawe.saing kawe ghoyak tadi dapat sebulan gaji bonus pastu gaji naik 10% tp elaun cola dihapuskan

en sesengat : biar betul ko nih

en abg dol : saing kawe cakap komfirm

en tabuan : perghh...10 percent ker.....naik dalam rm 200 tu. biarla cola dhapuskan pun kita kt cni bukan dapat pun elaun tu

berita dr en abg dol tu menyemangatkan lagi en sesengat utk menonton pembentangan trsebut smai habis.....ingtkan panas smpai ke petang tp hujan di tengahari........apa yg diumumkan begitu meremukan hari en sesengat n rakan2. ...........

Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

tp oklah ada la juga n lebih baik dari x ada. en abg dol melarikan diri entah kemana utk mengelakan terkena "riot" en sesengat n rakan2..........fuh...aku buat ko jadi umpan pancing udang pasni abg dollllll......................SIALAN LOOO

Thursday, October 22, 2009

chegu vs guru 2

br2 ini en sesengat terlibat dgn perkemahan yg melibatkan masa kerja. klw nak diikutkan en sesengat mmg la trsangat malas nak berkhemah2 nih. so dgn rasa berat hati trpksalah en sesengat pergi juga. aktiviti pertama ialah pndaftaran n memndangkan en sesengat brtugas sbg fasilitator program maka en sesengat ambik lah masa tu utk kua brekfast kejab.

nak dijadikan cita smpai jer kt kedai tu en sesengat ternampak 2 org rakan sekerja tgh sedap pekena teh tarik. x lain x bukan puan mulut bersepai n kawannya. en sesengat pun tegur la lalu dibalas dgn senyuman kerang busuk dari mereka.

en sesengat : hmm....boleh la plak kua minum2 time sek.ni sure dah lama wat kerja nih (ckp en sesengat di dlm hati)

en sesengat malas nak ambik pot.asalkan mereka2 tu x mnyusahkan en sesengat. minggu selepas tu bila en sesengat kembali ke sekolah. seorang rakan "sedownloads" bertanya pada en sesengat........

en downloads : weh....ko kantoi dgn puan mulut bersepai ke haritu.....
en sesengat : en kantoi apa lak?
en downloads : dah heboh satu sekolah ko g minum2 masa g kem
en sesengat : (mengeluarkan kata2 makian yg x dapat disiarkan disini)


hmmmm................mcmni punya manusia pun ada ka. DEMNN. PATUT TEMBAK JA DGN SENAPANG GAJAH

Wednesday, October 21, 2009

DURIAN OH DURIAN


sekarang di limbang sedang rancak dgn musim buahnya. pelbagai buah2an tmpatan trjual dgn bnyaknya. en sesengat juga bnyak mndapat offer dari org2 kg dan rakan2 sekerja yg mempunyai dusun untuk datang "merompak" di dusun mereka. pernah satu ketika en sesengat trkejut kerana ingtkan hanya 2 atau 3 pokok rambutan untuk di rompak tp rupa2nya ada 150 pokok. terkincit buih dibuatnya.

br2 ini juga jiran en sesengat iaitu en bomba dtg memberi seikat durian yg seperti gmbar diatas trsebut.nilah 1st time en sesengat mkn durian yg mcm nih. klw x silap en sesengat dgr durian ni namanya durian isu. bentuknya agak kecik dan warna isinya juga agak anih.berikut adalah hasil temubual en sesengat mengenai rasa durian nih.......

en ustaz gadong : hmmmm........rasa mcm rusa, payau!!!!!
mrs sesengat : ada bau mcm cat la
en tebuan : ada cam rasa2 nangka sikit

bg en sesengat rasanya agak anih. tp ok la n diakui ianya ada mcm rasa buah nangka sikit2.mungkin dah di kacukkan kot.hmmm....................

masa berjalan2 tu en sesengt juga trnampak durian yg isinya merah terang. x sempat lak en sesengat nak tanya apa nama durian tuh. melihat durian tu tringt pulak durian yg si Oopet tu mkn dlm cite geng pengembaraan bermula tu............

Monday, October 19, 2009

CUSTOMER ALWAYS RIGHT?????

haritu en sesengat ada membuat artikel pasal customer service yg amat truk di sebuah pejabt pos. hmm harini en sesengat terkena lagi tp di tempat lain. oleh kerana 2 hari internet en sesengat down. jadi untuk mengelakan counter forex en sesengat mengalami kerugian maka en sesengat trus la ke pusat servis internet yg terdekat. masuk jer ke dalam service center trsebut en sesengat trus menuju ke kaunter memandangkan tidak ada customer masatu........

en sesengat : hello...sy nak tnya pasal internet sy la
en internet :............................................................. (tgh buat2 sibuk di depan komputer)
en sesengat : dah dua hari x ada ni kenapa ya?
en internet : (tanpa melihat en sesengat lgsung)..internet kt limbang ni mmg tgh problem.tecnichian tgh betulkan.
en sesengat : bila ya agak2 boleh ok
en internet : tunggu jelah.

sgt cantik bahasa mereka. mungkin cikgu BM mereka tidak ajar mcmana nak berbahasa dgn betul. hmmm.....bsok en sesengat akan mengajar bebudak en sesengat tntang cara berbahasa dgn betul.

Saturday, October 17, 2009

mr sesengat n forex


gmbr ini adalah hiasan semata2 n bukan gmbr en sesengat

en sesengat dah lama mengenal forex nih. ada masa kita rugi n ada masa kita untung. en sesengat pernah menjadi trader forex nih masa tahun 2007 n masa tu en sesengat tgh praktikum. di sebabkan telah mngalami kerugian yg besar maka en sesengat mngambil kputusan utk brhnti. br2 ini rakan2 en sesengat mula brjinak2 dgn forex. en sesengat telah diracun utk sama men"join" dlm aktiviti penyangak matawang nih. tapi pngalaman lmpau menyebabkan en sesengat dpt menasihati rakan2 supaya mereka x menjadi spt en sesengat dahulu.

setiap hari en sesengat mendngar sorakan dan ajakan dr rakan.......

en gadong : fuhh..........harinih aku dapat 200usd
en tabuan : aphoooo............aku dapat 80 pips harinih
en angkot2 : pergh perangkap aku mengena nih. usd-jpy nak turun nih cepat sell semua

aktiviti memorex ni menyebabkan rakan2 en sesengat yg mana dahulunya liat gila nak bngun pagi g keja dapat bngun seawal 5 pg utk menunggu kaunter trading buka....en sesengat dah lali dgn perkara2 ni semua.

akhirnya pada tanggal 14 oktober lepas..................................................

en sesengat : apa weh terminal yg korang guna.aku nak rejister gak ar.start men sikit dulu blh ker...................hehehehehehehehe

Wednesday, October 14, 2009

PARANG DUA BERADIK

br2 ini en sesengat telah dhubungi oleh tukang parang en sesengat kerana parang dua beradik en sesengat telah siap. parang ini en sesengat tmpah khas dari besi spring kenderaan yang diakui ketajamannya. prang ini boleh digunakan utk melapah n memotong semasa kenduri kendara. inilah rupanya .....................................................................................................................................

Tuesday, October 13, 2009

EN SESENGAT VS NIKON D200

br2 ini trdpat function iaitu ramah tamah aidilfitri guru2 dr semenanjung. fotographer rasmi majlis trsebut ialah en ustat iaitu sahabat seperjuangan en sesengat dlm hobi fotography ini. entah mcmana pada hari tu anak en ustat meragam pulak n en ustat trpksa menyerahkan cameranya iaitu nikon d200 pada en sesengat. en sesengat yg lebih biasa dgn camera nikon d90 trus mengambil camera en ustat tnpa bnyak soal. maka dgn selumbernya en sesengat trus menunjukan skillnya mengambil gmbar. nak dijadikan cerita tetiba ja battery speedlight/flash camera tu low. bg en sesengat bnda tu mmg tadahal punya. en sesengat trus mencabut flash trsebut n mula mengambil gmbar secara tanpa speedlight, tp sebelum tu en sesengat trpksa mengubah mod camera trsebut kepada mod kegemaran en sesengat iaitu "M" atau manual. tiba2 ja br en sesengat perasan yg nikon d200 x mempunyai butang mod seperti nikon d90. adehh................peluh jantan dah mula menitik. cuak skek skek. kepakaran en sesengat mula tercabar.en ustat pun dah kemana perginya. godek punya godek...........belek punya belek.........................x jugak jumpa2..............................

akhirnya........................................tetiba ja nama en ustat dipanggil sbg pemenang cabutan tiket bertuah. br la nmpk batang hidungnya.hehehehe...............sorry la en ustat pic ko mmg la x de. bila en ustat turun dr pentas br le en sesengat brtnya mngenai kekusuan yg melanda. rupa2nya butangnya di atas tu jer.ceh......wat bikin malu jer.....................

inilah rupanya camera en ustat yg telah berjaya mencuakkan en sesengat

Monday, October 12, 2009

PENANGAN BUAH KEMBAYAU

br2 ini en sesengat telah dijemput ke rumah trbuka yg diadakan oleh geng poco2 en sesengat. pelbagai hidangan yg menarik. tp yg paling menarik perhatian en sesengat ialah buah kembayau. buah kembayau ni dah lama en sesengat tringin nak mkn kerana ianya nmpak menarik n sedap. bentuknya klw x dibuang kulit ialah seperti buah "keriang dot" klw di belah utara sana. en sesengat x tahu apa nama saintifik untuk buah "keriang dot". lebih2 lagi en sesengat bnyk mndengar ulasan2 trutama dr rakan2 di limbang yg menyatakan bahawa buah kembayau ni sedap woo.....menurut rakan dari miri.di tempatnya buah kembayau di panggil buah "dabai".harga buah kembayau ini berdasarkan pasaran tamu/pasar limbang ialah antara RM3-RM5 sekilo.
setelah di hidangkan en sesengat trus mengambil sebijik kerana takut buah kembayau tersebut dihabiskan oleh rakan2 yang sangat kuat mkn atau lebih dikenali sebagau hantu kembayau.
buah kembayau

-------------gigitan pertama----------------------------------------------------

sukar ditafsirkan.............................................
erkh...................rasanya................kelat2......pahit2......payau2..............
en sesengat terasa bgitu lama untuk menghabiskan sebiji buah kembayau trsebut wlwpun saiznya hanya sebesar ibu jari en sesengt. mungkin tekak en sesengat x sesuai dgn buah kembayau........
buah kembayau yg siap dimasak

Sunday, October 11, 2009

PARANG LIMBANG

antara perkara yang menarik hati en sesengat di limbang ini ialah seni membuat parang nya. ini kerana di limbang terdapat ramai tukang2 parang yang kreatif dalam segi membuat parangnya.perlbagai jenis besi besi digunakan untuk membuat parang dari besi spring lori, sehinggakan besi yang diambil dari kereta kebal menjadi pilihan tukang-tukang ini.


ini ialah parang kepunyaan en tebuan (credit to en tebuan - pasni kita pekena abc). parang ini agak kukuh buatannya dan ada "feelnya" apabila en sesengat memegangnya. en sesengat ada bertanya pd en sesengat apa yang nak dibuat dgn parang nih. berkebun ker. en tebuan membalas yang parang ni dia ingin buat perhiasan saja n buat tebas kepala pencuri yang pecah masuk ke rumahnya. huihhhhh........bahaya betul en tebuan nih......
Related Posts with Thumbnails