Sunday, January 24, 2010

SAMAN JANGAN X SAMAN

Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta

 

 

ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar, memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terbabit dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.
Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang juga Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan "serangan" terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.
"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. - Bernama

en sesengat :- dicopy paste dari web ini 

 

Thursday, January 7, 2010

ERKHHHH.....???????

tiada subsidi minyak utk org yang pakai kete besor..................................erkhhhhh
tiada kemudahan kargo lagi utk guru klw dapat bertukar ke semenanjung............erkhhhhh
tiada tiket penerbangan percuma utk guru2 yg belum sah jawatan...................erkhhhhhhh
tiada bonus tahun nih...............erkhhhhhhhhhh

en tabuan : sengat nnti election ko nak pangkah sapa?
en sesengat : erkhhhhh.....erkhhh......dan erkhhhhhhh

Tuesday, January 5, 2010

AIRPORT MENCOPET???



hmm.....sesi persekolahan 2010 dah 2 hari dibuka.suasana berjalan dgn lancar tnpa sebarang masalah...ceh....mcm wat report harian guru bertugas plak. hmmm....baru2 nih en sesengat telah kehilangan xternal hard disk n guitar tuner. mcmana menda2 nih bole hilang.......citenya cmnih.oleh kerana agak kelangkabut semasa balik haritu en sesengat tlh memasukan external hard disk n guitar tuner nih kat poket atas beg hiking en  sesengat. selalunya masuk kt hand luggage jer. smpai2 jer ket umah tgok2 dah x da. ni x lain x bukan geng2 kargo airpot la ni punya kerja. sialan betul la. agak2 la klw gaji x cukup pun  x yah la sebat barang2 orang. en tebuan juga ada kehilangan perfume mahalnya. adehh laa.....sapa la makhluk pencopet nih.

nasib baik la en sesengat nih masih waras fikirannya. tringt en sesengat pada seorang sahabat dr kuching,sarawak masa en sesengat masih belajar di cheras dahulu. pada waktu tu ada seorang pencopet menciluk brek disk moto skuternya. mungkin waktu nih mmber en sesengat tgh mood x baik sebb br bngun tdo. trus dijampi2nya smbil bakar2 kt keliling moto tu. 3 hari pastu trus ada budak dtg mengaku yg dia curik brek disk tu.en sesengat ada juga brtanya apa yg jadi kat budak tu? kata member en sesengat tu selaig budak tu x dtg mengaku asal dia berak ja sure kuar darah....fuhh.....kejam.tp mngkin ni jer ubat utk para pencopet nih

jadi hati2lah kengkawan trhadap barang2 anda.

Related Posts with Thumbnails