Friday, August 13, 2010

KAT MANA LAGI LEPAS NI YA.......... SETAN???


hmmmm......dalam tong sampah sudah. tanam kat rail kereta api pun dah sudah, baling dalam longkang pun dah sudah.....buang dalam tong taik??? satu perkembangan yg baik untuk makhluk yang ber"akai" jenuh yang bernama manusia. F#$% la korang. geram tul la aku.

Friday, August 6, 2010

PELAJAR TUMBUK GURU PLAK......PER CER????


hmmm...baru2 ni satu lagi kejadian yg menggemparkan dunia pendidikan yg mana seorang pelajar sekolah menumbuk seorang guru. sgt kuat pelajar tersebut. rasanya x pyahlah en sesengat me"link" kan vdo tersebut sebbnya rasanya semua org dah pun menengok video tersebut. kt you tube pun bnyak..

tetapi en sesengat yakin bahawa cerita ini akan senyap dlm sedikit masa lagi kerana kes pelajar tumbuk guru tidak lah sepanas guru tumbuk pelajar yg mana ceritanya akan dijaja sehingga berbulan2. yg en sesengat hairan kenapa ek guru tetap disalahkan wlwpun dianya ditumbuk?? ada juga pihak yg kononnya membela nasib guru tapi tetap menyalahkan guru tersebut? apa cerita.....????

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

satu situasi di sekolah XXX

pelajar : kenapa cikgu marah aku??? aku tidak salah ????
cikgu  : la yer ke awk x salah. maafkanlah cikgu yer sayang.

pelajar : ahh... apa sayang-sayang. apa hak cikgu mau marah saya??
cikgu  : awk memang betul cikgu x da hak pun nak marah awk yer sayang. apak awk lagi berhak. jgn la tengking2 cenggini cikgu takut la.

pelajar : aku sudah lama dendam sama cikgu. ikut kan hati dah lama aku tumbuk cikgu
cikgu  : ala jgn la cmni. cikgu takut la. awwwwwwww

Wednesday, July 7, 2010

Terima kasih Mak

Kalau nak kira Mak aku la harta yang paling mahal, palig berharga, tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat ngan Mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami...



Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolah dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi rumah.

Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. Pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.


Aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama Vokesional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik. Mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu... mamang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasik.

Duk asrama 2 taun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. Mak kata ada surat kat depan. Dan dan aku p ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abg sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. Abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pda Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Ssetahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada pakar kat hospital Mentakab. Diarang ambik semple darah.

Lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. Mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. Aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak kat spital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak p hospital jengka. Bermula hari tu...keadaan mak makin hari, makin teruk. Seminggu mak kat spital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.

Semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.
Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. Memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. Mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.

Bila mak sampai rumah. Suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. Mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas Mak tersekat-sekat... masa tu Mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.

Tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "Ma... Emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa Emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum Emie selama ni, Emie mintak halal air susu yang Emie minum", banyak lagi aku nak sebut pada Mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi Mak.... kami cium tapak kaki mak.

Air mata Mak mangalir. Kami letak adik tepi Mak. Bagi Mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata Mak mengalir bila tengok adik. Kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa Mak. Tak dapat merase kasih sayang Mak. Mak bisikkan sesuatu pada Abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi Mak.
Kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan Mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami syangkan Mak. Tak nak seksa mak.
Tak lama mak sesak nafas. Abah ajar mak mengucap.Allahhuakbar seksanya menuju kematian. Innalillahiwainnahiro-jiun..... Ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

---------------------
INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.
KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.
AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
---------------------
Bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abang adik beradik...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita ni en sesengat copy dr blog saudara sheikh mustafa kamal (copy dgn kebenaran tau) di sini. jadi sayangilah ibu anda semua selagi mereka masih ada. 

Monday, June 28, 2010

GAWAI CELEBRATION FOR ZON A SCHOOL

picture taken around gawai celebration for zon A school at 19 June 2010. SK Merambut as organiser. so letting picture to speak......

around 30 minutes journey with boat

wait for incoming guest

dragon......

please smile if do not want me cut your head

 er.....mr gary what u want to do with that parang?

err.... u wanna cut something ? hope not ur tongue

alley cat......mekaseyyyy!!!

-THE END-

Saturday, June 26, 2010

TOKEK KE TEKEK?

lawa siot menatang cicak nih.....kat mana nak cari ek? cari kat semak di belakang umah ada x? tok...kek......tok....kek


ape2 pun meh layan lagu tekik ni dulu


BORING AHHHH

demn.....lagsung x da semangat nak berblog.....adehhhhh...tukar template la jab. baju klw pakai lama2 pun buruk gak kan.....g cari baju baru la jab.......

Saturday, May 22, 2010

LESEN MEMANDU + LESEN MENGAJAR = CIKGU



nila setitik leh menyebabkan rosak susu sebelanga.....hmmm ni persoalannya disini. disebabkan seorang guru buat taik habis semua guru kena taik. asalkan ada individu yang berstatus guru melakukan sesuatu yg diluar norma seorang guru pastinya ianya merupakan berita yaang bakal meletup di media2. ledakannya mengalahkan letusan gunung merapi. sampaikan berbagai cara dicadangkan sampaikan kena ada lesen baru blh berkhidmat sbg seorang guru....adakah seseorang individu yg mempunyai lesen mengajar akan menghalang individu trsebut melakukan perbuatan yg diluar norma seorang guru?

pada pndapat en sesengat cdangan tu x blh dipakai langsung. selain ianya menghabiskan duit kerajaan ianya akan menghabiskan masa guru2 utuk meng"apply" lesen. klw dah terbukti seseorang guru melakukan kesalahan kenapa tidak dipecat sahaja guru tersebut dari bidang perguruan. kenapa perlu ada lesen2 plak? x ke kerja bodo namanya tu?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

satu situasi di sekolah XXX

cikgu A : weh rileks nampak........x g mengajar ker? bukan sepatutnya ko ada kelas ke sekarang?
cikgu B : (sambil layan fesbook) aku bukan x nak masuk kelas. tp lesen aku dah xpired la. cmna aku nak mengajar nih..........

Tuesday, May 11, 2010

ENGKO PAKAI CREDIT CARD UTK APA EK?

hmmm......lama juga ya blog ni x berupdate. almaklumlah sejak dilantik menjadi perdana menteri uganda ni en sesengat terlalu bzz dgn urusan negara. seminggu dua kebelakangan ni agak kerap juga en sesengat terima pnggilan dr individu yg x dikenali. panggilan yg menawarkan produk2 seperti insuran, card diskaun yg hebat gila. dr mana yg mereka ni dapat no tpon en sesengat. fames sgt ka en sesengat smpai ramai org tahu no tipon??senang sgt kan security2 dr pihak credit card sampaikan no tipon kita dketahui org lain? no tpon saja ker yg didedahkan? mcmana dgn no ic, no credit card, dan memacam no lagi?mcm2 cara org cari makan sekarang kan?

br2 ni belum sampai 5 minit en sesengat n mrs sesengat keluar dr pejabat pos sebb ambik credit card mrs sesengat yg datang dgn sendirinya tanpa di "apply" trus mrs sesengat dpt call........

org call : blh sy ckp dgn mrs sesengat?
mrs sesengat : sy bercakap

org call: sy dari pusat card yada yada yada.......puan bertuah sebb trpilih program 1 mlysia under kementerian yada yada yada.........

en sesengat yg tgh drive masa tu trus hilang fokus dan mengarahkan mrs sesengat buat "loud speker"

en sesengat : cik...........kita straight to the point la last2 nnti berapa yg sy kena bayar utk card cik nih sbb baru2 ni sy dpat call kena byar RM599 (dengan nada yg agak kuat)
org call : errr..........sy rasa tu program lain la en sebb program sy ni kena byar RM439 jer........

en sesengat : klw cmtu trima kasih jela.sy x minat
org call: sorry yer ganggu

RM439 jer????mudahnya cakap.mcm nak bayar tu blh main pakai tarik bulu hidung jer ke...so hati2 yer "owner" card credit semua.

Sunday, April 4, 2010

PATAH LA HATI................

huhuu.....sebenarnya cerita nih mmg ada kena mengena dgn tajuk di atas.....di sebabkan en sesengat tgah menjadi org bujang sekarang (mrs sesengat balik kg) maka en sesengat cuba la melakukan kerja2 yg berfaedah utk mengisi masa cuti nih. maka en sesengat pun mengeluarkan senjata2 en sesengat yg tidak seberapa utk dimanja2kan. tgah giat memanja2kan koleksi2 kesayangan en sesengat tu tiba2 TUSS!! berlakulah satu kejadian yg x diingini. en sesengat telah terpatahkan pendokok keris en sesengat. demmmmm......aduh laa.....soryy abg terpatahkan jejari syg....hehehehe pasni kena tempah pendokok karut bertali plak la nih.

Sunday, March 14, 2010

apa khabar kassim selamat ya?

hmmmm harinih cuti untuk en sesengat. wlwpun rancangan untuk pekena "sup berubot" dgn en ustaz pg tadi tergendala disebabkan en ustaz terlajak tido dan terpaksa ditunda ke hari yang lain. dah habis layan berita tv3 en sesengat menyelak2 chanel astro untuk mencari2 siaran kegemaran. hmm......citer P Ramlee....tiba2 saja en sesengat tringatkan satu nama...KASSIM SELAMAT. eh..... apa khabar ya kassim selamat sekarang ni ya? sebenarnya ini bukanlah watak lakonan P Ramlee dalam ibu mertuaku tp sebenarnya seorang blogger yang en sesengat selalu baca blognya dulu.

trus en sesengat melompat ke atas katil sambil mencapai laptop lantas menggoogle blog kassim selamat. Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi masih  kuat dan kacak saudara en sesengat nih.

mengimbau kisah lalu...cheewahh.....en sesengat selalu membaca blog kassim selamat ni semasa en sesengat belajar di UM  klw x silap ingatan en sesengat pada tahun 2007.kassim selamat ni sebenarnya seorang blogger yang lumpuh akibat koma setelah diserang penyakit denggi berdarah suatu ketika dahulu. en sesengat mmg respect pada saudara kassim selamat ni kerana ketabahan beliau dalam menempuh sebarang dugaan dan keluarganya yang sentiasa memberi sokongan terutama isteri dan anak2 beliau.

en sesengat doakan saudara kassim selamat sentiasa menguatkan semangat dalam menempuh ujian yang diberikan. semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah dan akan menyembuhkan saudara kassim seperti sediakala.


blog saudara kassim selamat boleh dilawati di laman http://kassim8888.blogspot.com/

Thursday, March 4, 2010

ZAI N SHAHRIN KAWEN


baru2 nih en sesengat telah dijemput oleh sahabat limbang en sesengat iaitu puan zai untuk mengambil gambar sempena majlis perkahwinannya. terima kasih diucapkan kepada zai dan suaminya shahrin kerana memberi en sesengat peluang ini. majlis tersebut berjalan dengan lancar dan gempak sekali.

tahniah en sesengat ucapkan kepada zai dan suami. semoga perkahwinan kalian kekal hingga akhir hayat. Aminn......

Friday, February 26, 2010

orang baru dalam kehidupan en sesengat - sesengat jr

br br ini (23 feb 2010) mrs sesengat dah selamat melahirkan baby yang comel. syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan nikmat ini untuk menceriakan lagi perjalanan hidup en sesengat. di kala ini en sesengat masih memikirkan nama yang sesuai untuk putera sulung en sesengat ini
terima kasih sayang kerana melahirkan baby yg comel ini.papa syg kamoo

Monday, February 15, 2010

DI CATU PULAK DAH????


peruntukan dicatu pulak? adehh trkejut gak boruk en sesengat baca berita ni tadi. yerlah guru2 g kursus pun dapat mkn nasik bungkus jer? adehh laa.....peruntukan 4 hengget sehari?klw kt limbang nih teh "tarik dangdut" dah 2 ringgit segelas.lagi 2 ringgit nak makn apa ek?? hmmnnnnn......malas nak membebel pnjang2. kang kena saman pulak.

Sunday, February 14, 2010

PISAU POTONG BAWANG KE NIH????

nih en sesengat nak kongsikan antara barang-barang kesayangan en sesengat



Wednesday, February 3, 2010

HANTAR GURU BARU GI LUAR BANDAR / PEDALAMAN??



hmmm hari nih en sesengat terbaca di berita harian online mengenai saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yg mencdangkan semua guru2 baru posting wajib dtempatkan di kaw luar bandar atau pedalaman. rasanya tu adalah satu cadangan yang baik klw kena dengan gayanya. mungkin guru2 nih boleh menimba sberapa bnyak pengalaman semasa berkhidmat di tmpat tersebut. hehehehe....skurang2nya ada juga benda nak diceritakan pada member2 n sedara mara mengenai berapa jam kena jalan kaki sebelum nak g sekolah. berapa batang sungai nak kena redah sebelum smpai sekolah.

lepas ditempatkan tu kenala pulak jaga kebajikan guru2 tu.jgn la biar mcmtu saja.dah la berjauhan dari keluarga asal nak balik kg saja dah mececah angka ribuan ringgit.sakit juga tu.bila dikira2 gaji tu dah sama ja mcm org x tinggal di kaw pedalaman.en sesengat pernah gak g travel masuk kt kaw pedalaman nih. br ja pegi kat area yg dkategorikan kaw pedalaman 1. dah bergoncang abis telo2 sebelum nak sampai tu.adui la tu br kaw pdalaman 1.klw pedalaman 3 x tau la mcmana rupanya.

Sunday, January 24, 2010

SAMAN JANGAN X SAMAN

Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta

 

 

ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar, memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terbabit dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.
Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang juga Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan "serangan" terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.
"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. - Bernama

en sesengat :- dicopy paste dari web ini 

 

Thursday, January 7, 2010

ERKHHHH.....???????

tiada subsidi minyak utk org yang pakai kete besor..................................erkhhhhh
tiada kemudahan kargo lagi utk guru klw dapat bertukar ke semenanjung............erkhhhhh
tiada tiket penerbangan percuma utk guru2 yg belum sah jawatan...................erkhhhhhhh
tiada bonus tahun nih...............erkhhhhhhhhhh

en tabuan : sengat nnti election ko nak pangkah sapa?
en sesengat : erkhhhhh.....erkhhh......dan erkhhhhhhh

Tuesday, January 5, 2010

AIRPORT MENCOPET???



hmm.....sesi persekolahan 2010 dah 2 hari dibuka.suasana berjalan dgn lancar tnpa sebarang masalah...ceh....mcm wat report harian guru bertugas plak. hmmm....baru2 nih en sesengat telah kehilangan xternal hard disk n guitar tuner. mcmana menda2 nih bole hilang.......citenya cmnih.oleh kerana agak kelangkabut semasa balik haritu en sesengat tlh memasukan external hard disk n guitar tuner nih kat poket atas beg hiking en  sesengat. selalunya masuk kt hand luggage jer. smpai2 jer ket umah tgok2 dah x da. ni x lain x bukan geng2 kargo airpot la ni punya kerja. sialan betul la. agak2 la klw gaji x cukup pun  x yah la sebat barang2 orang. en tebuan juga ada kehilangan perfume mahalnya. adehh laa.....sapa la makhluk pencopet nih.

nasib baik la en sesengat nih masih waras fikirannya. tringt en sesengat pada seorang sahabat dr kuching,sarawak masa en sesengat masih belajar di cheras dahulu. pada waktu tu ada seorang pencopet menciluk brek disk moto skuternya. mungkin waktu nih mmber en sesengat tgh mood x baik sebb br bngun tdo. trus dijampi2nya smbil bakar2 kt keliling moto tu. 3 hari pastu trus ada budak dtg mengaku yg dia curik brek disk tu.en sesengat ada juga brtanya apa yg jadi kat budak tu? kata member en sesengat tu selaig budak tu x dtg mengaku asal dia berak ja sure kuar darah....fuhh.....kejam.tp mngkin ni jer ubat utk para pencopet nih

jadi hati2lah kengkawan trhadap barang2 anda.

Related Posts with Thumbnails