hmmmm harinih cuti untuk en sesengat. wlwpun rancangan untuk pekena "sup berubot" dgn en ustaz pg tadi tergendala disebabkan en ustaz terlajak tido dan terpaksa ditunda ke hari yang lain. dah habis layan berita tv3 en sesengat menyelak2 chanel astro untuk mencari2 siaran kegemaran. hmm......citer P Ramlee....tiba2 saja en sesengat tringatkan satu nama...KASSIM SELAMAT. eh..... apa khabar ya kassim selamat sekarang ni ya? sebenarnya ini bukanlah watak lakonan P Ramlee dalam ibu mertuaku tp sebenarnya seorang blogger yang en sesengat selalu baca blognya dulu.
trus en sesengat melompat ke atas katil sambil mencapai laptop lantas menggoogle blog kassim selamat. Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi masih kuat dan kacak saudara en sesengat nih.
mengimbau kisah lalu...cheewahh.....en sesengat selalu membaca blog kassim selamat ni semasa en sesengat belajar di UM klw x silap ingatan en sesengat pada tahun 2007.kassim selamat ni sebenarnya seorang blogger yang lumpuh akibat koma setelah diserang penyakit denggi berdarah suatu ketika dahulu. en sesengat mmg respect pada saudara kassim selamat ni kerana ketabahan beliau dalam menempuh sebarang dugaan dan keluarganya yang sentiasa memberi sokongan terutama isteri dan anak2 beliau.
en sesengat doakan saudara kassim selamat sentiasa menguatkan semangat dalam menempuh ujian yang diberikan. semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah dan akan menyembuhkan saudara kassim seperti sediakala.
blog saudara kassim selamat boleh dilawati di laman http://kassim8888.blogspot.com/
Sunday, March 14, 2010
« Newer Post
Older Post »
No response to “apa khabar kassim selamat ya?”
Post a Comment