Monday, May 25, 2009

siapa kata en sesengat x kreatip..

en sesengat selalu mnhbiskan masa lapang beliau dgn bermain gitar barunya.untk menjaga kelembutan jarinya en sesengat men"tune" low D supaya talinya tidak begitu tegang. pada suatu hari en sesengat ingin bermain satu lagu yang menggunakan standard tuning.oleh kerana en sesengat sgt malas men"tune" semula maka dia memerlukan CAPO untuk menstandartkan bunyi gitarnya. apa itu capo?? sila klik link ini. jadi oleh kerana en sesengat tidak dihadiahkan capo bersama gitarnya jadi dia pun mencari cara untuk membolehkannya dia mendapat bunyi yang sesuai dengan keperluan semasa.jadi en sesengat membuka lacinya yang berisi khazanah2 lama.setelah dimodified inilah hasilnya......
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/



/



/


/



/


/

Friday, May 22, 2009

port manceng baikk punya!!!

apakan kaitan cerita en sesengat dengan gambar comel di atas??sebenarnya x da la kaitan sgt saja jer nak letak. pada suatu hari en sesengat tengah melepak2 bersama2 5 org kawan2nya tiba2 timbullah idea yang bernas utk mengisi masa lapang di hari sabtu yang hening itu.

en sesengat : bose kawe ni deh. dok tau nak wak gappo ni.
en tebuan : mancing jom. aku de port baik punya. aku pernah dapat baung besar lengan.tp
terlepas sebab pakai mata kail udang jer (ceh mau terlepas x payah la cerita).tp
port tu selalu aku pi mlm br sempoi. tp x pa harini kita ubah pulak pi siang.

setelah mendapat persetujuan dr klik2 pancing (adala dlm 5 org maka mereka pun bertolak pergi).en sesengat terpaksa bertolak lewat 15 minit kerana terpaksa "menyetting" pancingnya terlebih dahulu. yerla nak naikkan baung besa lengan kan.setelah mendapat setting yang terbaik en sesengat pun bertolak ke destinasi yang dikatakan. tetapi dalam perjalanan en sesengat ternampak kawan2nya tadi berpatah balik.(uik, x jadi memancing ker???). tnpa membuang masa en sesengat pun berpatah balik mengikut sahabat2nya tadi.perjalanan tamat di sebuah kedai makan.(mmg sah x jadi mancing punya).

en penyengat: nate mu nih...x de tempak lain ko mu nok bawok
en tebuan : mana aku nak tau.selalunya aku pi malam ok jer
en sesengat : weh..apa hat?
en penyengat : mu tau dok nate nih bawok g belake tempak sembeliha b*bi patuk ar dapak
baung besa lenge.
en tebuan : mana aku tau.sebelum ni aku pi malam mana nmpak tempt tu tmpat apa....
en sesengat :tampt sembelihan b*bi??........(gulp...en sesengat menelan air liur smbil melihat
ABC yang br di ordernya)

Sunday, May 17, 2009

kau gadisku yg chantek.....

pada satu hari yang hening en sesengat menerima panggilan dr mrs sesengat...(perbualan ini berlaku pada 4 hari yang lepas)

mrs sesengat : abg....
en sesengat : hmmm.....

mrs sesengat : i send something for u
en sesengat : hmmm.....ape?

mrs sesengat : hmm..biarlah rahsie...as yur birthday present
en sesengat : hmm...kete evo 9 ker?

mrs sesengat : banyak la..just wait n see la
en sesengat : ok..tq..hmmm x de claim balik kan?wakakaka....

so dua hari selepas itu en sesengat menerima panggilan.

en pejabat pos : en sesengat ke nih?
en sesengat : yer saya...(hmmm.org credit card ke nih)

en pejabat pos : barang encik da smpi.leh dtg amik kt pjabat pos yer
en sesengat : ok. terima kasih (malas btul engko...dtg antor la weh)

oleh kerana jarak pejabat pos yg dekat.en sesengat hanya kesana dgn manaiki moto beliau.rupanya2nya beso gile bungkusannya (sebenornye x la gile pun).setelah bersusah payah membawanya ke rumah.inilah rupanya...

mcm gitar ajer...
rupa2nya mmg gitar..ingtkan evo 9 td.wakakakaka
kilat x ingtkan gitar baru saye.wakakaka...

huhuhu mungkin mrs sesengat sudah boring mendengar rungutan en sesengat yang di limbang ni susah nak mencari gitar yg ideal untuk en sesengat. tu yg dihadiahkan gitar tu........tq cayang. MMUAXXX END>


Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru..

selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru tidak kira dimana jua anda berada. jasa anda semua terlalu besar untuk dibalas. selamat hari guru!!!! GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Wednesday, May 13, 2009

sambut birthday sendiri.......


hehehe...sebenarnya en sesengat hairan. kenapakan jegok2 amat cbuk sgt sempena smbutan hari guru. apa yg menghairankan tu??? en sesengat rasa seperti seseorang merancang membuat "surprise party" untk dirinya sendiri. mcmtula en sesengat tgok sekarang. ada yg menjadi ajk persembahan, ajk hias pentas dan en sesengat juga ada menjadi ajk something...(tidak dapat ditulis disini kerana ia merupakan tugas2 rahsiee). ada ker guru yg relax2 untuk sambut hari guru???

Sunday, May 10, 2009

Bila penyu menangis.....



Ventriloquisme
....apa benda nih? En sesengat begitu tertarik dengan individu yang mempunyai bakat ini. Ventriloquisme ini ialah bercakap tanpa menggerakan bibir. Bayangkan en sesengat mengajar tanpa menggerakan bibir. Hehehehe....komfirm menarik kan. Dah banyaksekarang ni yang berkebolehan bercakap tanpa menggerakan bibir. Di Malaysia pun ada. Selalunya bakat seperti ini digunakan dalam persembahan puppet. Suara ini dikatakan keluar dari perut. Fuh...sungguh aneh. Wakakaka......oleh kerana en sesengat tidak berkebolehan bercakap melalui perut maka en sesengat menggunakan sepenuhnya kebolehan mengeluarkan angin perot. Wakakaka....untuk maklumat sepenuhnya boleh lah melayari LINK ini.


Ni adalah contoh persembahan ventriloquisme dari Terry Fator pemenang American Got Talent (tahun berapa en sesengat dah lupa suda)..penyu ni menyanyikan lagu crying dari Roy Orbison dgn penuh perasaan.




Saturday, May 9, 2009

sakit kaki x per......


satu hari en sesengat tgh lepak2 minum bersama kengkawan di kedai pok mat di sebelah sungai limbang (kedai pok mat juga adalah pot mancing en sesengat ketika boring).

datanglah seorang sahabt yang mana berasal dari kelantan......

member 1
: abe...pow rokok sebate
member 2 : ambik la, pilih ja mana hang mau
en sesengat : la....hang dok tgok apa lagi...ambik jela x payah malu2.limbangkan
rokok murah
member 1 : kawe dok brehi la yang nih. de gamba sakik mulut. klw yg ni x po la
sakik kaki jaa.lgpun kaki dok bawoh oghe dok nampok.
en sesengat : ah mcm tu pulak......nate mu !!!!

mcm2 ada org yg ngisap rokok nih. utk org limbang diaorg panggil rokok ni "sigup" so klw merokok mesti jadi "menyigup". wakakakakak.......END>

Thursday, May 7, 2009

bahasa malaysia vs bahasa limbang

pada suatu ketika dahulu en sesengat sdg melatih atlit2 sekolahnya dlm relay. tba2 dtglah seorang anak muridnya untuk memanggil en sesengat masuk ke kelas kerana dah "time" utk kelas tambahan..(oleh kerana begitu "dedikasi" en sesengat telah melakukan 2 kerja dlm satu masa iaitu sebagai jurulatih dan juga sbg jegokk kelas tmbahan)

anak murid aku > jegokkk....buat apakan? (ts:cikgu tengah buat ape?)
aku > hmm......

anak murid aku > jegokkk....sekarang masa kitak kan?(ts:cikgu sekarang masa cikgu kan?)
aku > (diam)

anak murid aku > lajok la jegokk bising sudah kelas tok(cepat la cikgu kelas dah bising tu)
aku > (diam)

anak murid aku > aku suruh diam suda tp mereka tak mauk tok. bini-bininya pun sama tok(saya dah suruh mereka dia tp mereka tidak mahu, murid perempuan pun sama)
aku > (diam)

anak murid aku > jegokkk!!!!....(budak tu mula meninggikan suara. pang sebijik br tau)
aku > hmm......

anak murid aku > cikgu sekarang masa cikgu kan?
aku > okeh sy masuk sekarang.

blh pulak dia cakap dengan betul. dr awal lagi aku dah warning yang aku bukan org limbang n mana2 anak murid yang cakap limbang dengan aku, aku wat bodo ja.wakakakak.....END>

Wednesday, May 6, 2009

En sesengat terasa hmnnn.......

Hah!!! Limbang????? Tang mana tu?? (en sesengat mmg org utara yer.) habih dah aku dok ceruk mana nih......ni lah reaksi pertama sesengat bila tau di postingkan kt cni. Tnpa membuang masa sesengat pun mula “mengogling” di manakah letaknya limbang. Semua sumber digunakan sampilah website KPM hinggalah GOOGLE earth. Akhirnya smpai juga en sesengat ke limbang. Setelah hampir 5 bulan en sesengat ada di sini. Maka genablah 26 umur en sesengat (sebenarnya en sesengat br shj menyambut harijadinya 28 april lalu yer. Harap maklum.wakakaka.......)
permandangan Limbang dari atas pesawat Fokker50. cuba lihat kipasnya.....sungguh ngerikan

Apa sebenarnya yang en sesengat buat di limbang nih ketika waktu cuti..???

Memandangkan en sesengat bekerja di Bandar limbang maka selalulah en sesengat berada di Bandar so....erti kuar Bandar mmg x ada mendelah untuk en sesengat.....

1. Melayari internet.
Ni merupakah hobi harian en sesengat. Kadang2 en sesengat akan melayari intent sampai nak termuntah. Jalan penyelesaiannya ialah en sesengat merestart laptopnya lantas melayari semula sampai lebam.(mcm x jalan ja teknik nih)

2. Mancing udang
Ni antara hobi terbaru en sesengat yang mana limbang adalah tempat yang di apit oleh sungai yang besa2. Jadi setelah mengalami keboringan yang melampau maka en sesengat mengambil pancing 34.50 sennya lalu pergi memancing. Modal x banyakpun. Jadi jasa pancing en sesengat sekarang yang paling best ialah udang galah sebesar ibu jari kaki en sesengat.wakakakaka.........(talak ong woo itu panceng)

gambar en sesengat bersama udang galah yang pernah dipancing oleh dirinya.....eh kawannya(sebenarnya en sesengat sengaja memberi peluang kpd kawannya)

3. Main blackshot
En sesengat juga aktip dalam merancang strategi perperangan yakni di dalam blackshot. Id blackshot beliau terpaksa dirahsiakan sebab2 keselamatan. En sesengat merupakan seorang pakar menyembelih orang menggunakan kukiri (pisau lengkok) dan sangat suka menyembelih sniper2 yang suka menembak hendap. Jaga2 yaa para2 sniper...



Mesti org tertanya2 mengapa en sesengat x suka pergi berjalan2. Bukan beliau tidak suka sebenarnya tetapi oleh kerana limbang ni diapit oleh brunei maka klw la en sesengat keluar dari limbang mestilah perlu melalui brunei. Jadi untuk mengelakan paspotnya penuh dicop maka diapun mengambil keputusan untuk menjadi penunggu limbang shj. Lagipun beliau cuba untk mereserve ruang paspotnya untuk bercuti ke MANCHESTER kelak. lihat......begitu boringkan kehidupan seharian en sesengat. Kesian btul pada beliau...END>

Monday, May 4, 2009

Jegokkkkk.....Aku Mau Kencing......

adehhh puas dah aku berleter kat anak-anak murid aku tuh. dah nek perit tekak nih. tp mcm tu jugak. x jalan2. asal nak ke tandas jer mesti "ciguu aku mau kencing". mcm la aku nak tau apa yang dia nak buat dekat tandas tu. dari taun 1 sampai 6 mcm tu ja. pernah juga aku tulis "CIKGU, SAYA MAHU PERGI KE TANDAS" besar-besar dekat depan tu. suruh diaorang baca ulang-ulang kali. seminggu jer jalan. pastu terus pakai command yang lama, hampehh tol. ada pernah aku buat x tahu ja bila diaorang cakap mcmtu tp takut bersepah pulak kencing dalam kelas nanti. satu cabaran betul ajar Bahasa Malaysia pada anak-anak limbang nih.huhuhuhuhuhu......END>

En sesengat kembali...

huh lama betul aku x mnjengah blok ni. lama betul aku mengabaikannya. x patut betul aku ini.sedar2 video yang aku postkan beberapa bulan yang lepaspun dah expired. nak buat macamana ni la nasib aku sejak dipostingkan ke LIMBANG nih. nasib ler x ker kawasan pedalaman. kini aku KEMBALI untuk menhidupkan blog ini aka menghapdepnya setiap hari.wakakakaka.....THE END> ~teringat dolu2 suka menghapdet blog ubk sk ampang....
Related Posts with Thumbnails