Sunday, June 26, 2011

MR SESENGAT DAN BUNDLE

[ SITUASI DI SATU PAGI DI TEMPAT KERJA EN SESENGAT ]

en sesengat melangkah masuk dgn penuh gaya smbil membawa bekas air jenama tupperware yg baru dibeli mrs sesengat. tiba2.........

kakak lipan : en sesengat ada bungkusan poslaju ni.
en sesengat : ok tq

kakak lipan : ish....nk tegur sikit ni. lain kali klw ada org nak hntar barang jgn la tulis nama BUNDLE. malu kt org nanti
en sesengat : (telinga dah keluar asap)eh ada masalah ke klw letak nama bundle? silap2 haribulan baju dlm bungkusan ni lebih mahal dari baju akak tu.......

(PERBUALAN TAMAT MCM TU JE, EN SESENGAT SKANG CEPAT SIKIT NAIK ANGIN, X TAU LA KENAPA. NAK MONOPOS KOT. HEHEHE)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

hmmm...masih ada lagi manusia yg memandang rendah pada barang2 bundle ni. bg en sesengat , en sesengat lebih suka pada barang yg kategori bundle dr barang2 yg baru dijual di supermarket. apa sebabnya mcm2 pendapat ada. bg en sesengat barang yg kategori terpakai tu kadang2 dah x dikeluarkan lagi atau pun usianya dah terlalu lama menyebabkan ianya special dimata en sesengat. mungkin kebanyakan org mengangap baju bundle/ terpakai ni blh dapat di pasar malam dgn harga rm5 dah hanya org miskin saja yg pakai baju bundle ni. sebenarnya tidak. sehelai tshirt bundle/ terpakai blh mencecah angka ribuan ringgit. x caya try search kt ebay..hehehe

pernah ke korang semasa tgah jalan2, shopping2, makan2 tiba2 ada org tegur korang tanya mana dapat baju yg tgah pakai ni n offer nak beli. ni specialnya baju bundle nih.  pernah sorang mamat siam di padang besar mintak2 maaf byk2 dr en sesengat, ingtkan kenapa...rupa2nya dia nak minta tgok tag kt belakang tengkuk baju en sesengat (MASA TU EN SESENGAT PAKAI TSHIRT LED ZEPPELIN TAMPA STADIUM X DA LA RARE SGT PUN). lawa katanya baju tu dan susah nak jumpa skang nih.


aduii........mata mengantuk. nnti en sesengat sambung deh......

Saturday, June 18, 2011

SELAMAT HARI BAPA

selamat hari bapa diucapkan pada semua bapa2 di malaysia. ini adalah tahun kedua en sesengat menjadi bapa. hero en sesengat tu pun dah semakin membesar. mulutnya pula x henti2 mengumam bahasanya yg x difahami. kadang2 en sesengat layankan ja mcm faham. mcm2 peel baharu yg dibuatnya setiap hari. harap en sesengat blh menjadi bapa yg baik.hehehe. buat rakan2 yg bakal menjadi bapa tahniah diucapkan. welcome tu bapa world.

hari bapa pada tahun ni lain sedikit buat en sesengat kerana en sesngat x lagi mempunyai bapa. panggilan yg en sesengat dapat lebih kurang pukul 9.30 mlm pada tanggal  28 mac 2011 lepas adalah satu panggilan yg x kan en sesengat lupakan seumur hidup. masa tu en sesengat tengah hadap megi tomyam. demm!! smpai sekarang klw en sesengat nmpak megi tomyam sure rasa nk termuntah.

hmmm ayah pergi waktu umurnya 64 tahun. waktu trakhir berjumpa sebelum bertolak ke sarawak ayah ada berkata "nnti balik pulak mesti dah blh berjalan (merujuk pd si kecik en sesengat tu)". yup betul. mmg dah blh berjalan bila kami balik bercuti bulan 5 haritu. tp ayah xsempat tgok cucunya ni berjalan. x pa aku redha dengan ketentuan Ilahi. aku klw blh x nak blik rumah pun. sebb semua pelusuk rumah tu mengingatkan aku pada ayah. nasib baiklah ada mrs sesengat n si kecik tu yg merupakan penguat semangat en sesengat. lgpun en sesengat masih ada mak.

aku xsempat pun tgok ayah buat kali terakhir. x pa aku redha. mimpi aku tgok ayah dikapankan sebulan sebelum tu mgkin sbg tanda ayah nak pergi selamanya. aku x beritahu sesiapa pun mimpi aku tu kecuali pada si kecik aku tu. yelah mana dia tahu bercakap nk beritahu org lain. aduh...x blh nak tulis lagi. air mata laju mcm air terjun. nasib baik mrs sesengat dah tido klw x hilang macho en sesengat. AL-FATIHAH.
Related Posts with Thumbnails